Ahli Parlimen Kuantan Beri Kerjasama Penuh Pada Pihak Polis Siasatan Video Facebook

Ahli Parlimen Kuantan Beri Kerjasama Penuh Pada Pihak Polis Siasatan Video Facebook

Pada hari semalam saya telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi keterangan terhadap siasatan video yang telah dimuat-turun melalui akaun facebook.

Kini pihak berkuasa sedang membuat siasatan lanjut dan saya menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama seawajarnya. Pada masa yang sama, saya menggesa pihak media untuk berhenti membesarkan isu ini sehingga siasatan selesai.

Kebajikan orang ramai terutamanya Warga Kuantan amat dekat di hati saya. Saya akan terus bekerja keras untuk memastikan bahawa perhatian yang sewajarnya diberikan kepada seluruh warga Malaysia.

Saya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia agar tabah dalam menangani wabak covid-19 dan menzahirkan penghargaan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan.

Terima kasih.

 

Hjh Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
11/4/2020

 


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *