Carian
September 24, 2022

AMK Pahang: Apa Status 194 Projek Hadapi Banjir?

1) Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy berkata bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah merangka strategi jangka pendek untuk mengurangkan risiko banjir antaranya adalah pemuliharaan sungai dan menaik taraf kolam takungan banjir di setiap daerah pada Mac 2022. RM 20.36 juta bagi tujuan pemuliharaan sungai membabitkan 158 projek dengan kos RM 16.54 juta, menaiktaraf kolam takungan banjir (36 projek, RM 1.9 juta) dan sebagainya.

Persoalannya adalah, adakah kesemua projek ini telah dilaksanakan dan adakah kesan banjir di setiap daerah atau setiap hotspot banjir dapat dikurangkan untuk tahun ini?

2) Rakyat dah serik dengan banjir, mereka khuatir banjir tahun lepas berlaku lagi. Apakah Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah buat sejak daripada hari itu untuk mengurang kesan banjir? Atau Kerajaan hanya melihatnya sebagai ‘Taburan Hujan Meningkat Mendadak’ menyebabkan banjir teruk berlaku tahun lepas dan tidak perlu melakukan apa-apa kerana ia merupakan bencana alam.

3) Kami semua tidak lupa betapa susahnya mangsa-mangsa banjir contohnya di Taman Mentakab Indah, Mentakab yang rumahnya ditengelami air dan tiada mempunyai air dekat seminggu untuk mencuci rumah. Kami juga tidak lupa keadaan banjir di Cenderawasih, Kuantan dengan air yang tidak surut untuk 3-4 hari.

4) Saya berpendapat bahawa Kerajaan perlu memberi komitmen untuk meletakkan usaha dan tumpuan bagi mengelak atau mengurangkan impak banjir kerana tiada seorang yang ingin menjadi mangsa banjir yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Bukan plan sahaja, tetapi mempercepatkan langkah mendalamkan sungai, membersihkan parit, memperbanyakkan binaan kolam tangkungan banjir di semua kawasan hotspot banjir, menaiktaraf sistem perparitan dan sebagainya.

5) AMK Pahang dalam persediaan untuk menghadapi banjir dengan pembentukan struktur dan melengkapkan jentera sukarelawan banjir di ke semua daerah di Negeri Pahang.

Chan Chun Kuang
Ketua AMK Pahang

Related Posts
crossmenuchevron-up