Carian
July 30, 2021

AMK Selangor Desak Mahiaddin Bertanggungjawab Dan Letak Jawatan Serta Merta

Angkatan Muda KEADILAN Selangor mengambil maklum berkenaan perkembangan politik terkini terutama Mesyuarat Khas Parlimen Malaysia yang bermula pada 26 Julai 2021.

Pada 27 Julai 2021, Negara dikejutkan dengan kenyataan terbuka YB Menteri Undang - Undang di dalam parlimen berkenaan Ordinan Darurat telah terbatal pada 21 Julai 2021.

Merujuk kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara pada 29 Julai 2021, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong telah menzahirkan dukacita terhadap Menteri Undang - Undang, YB Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun atas tindakan Kerajaan Malaysia membatalkan semua Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong.

Angkatan Muda KEADILAN Selangor berpendapat kerajaan yang diketuai oleh Tan Sri Mahiaddin Yasin telah gagal dan menipu rakyat serta derhaka kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong berkenaan Ordinan Darurat.

Justeru, Angkatan Muda KEADILAN Selangor mendesak Tan Sri Mahiaddin Yasin perlu bertanggungjawab dan meletakan jawatan serta merta.

Jika perkara ini berterusan, kestabilan politik akan runtuh, sektor ekonomi akan hancur dan Pelan Pemulihan Negara juga pasti tidak akan berjaya.

Angkatan Muda KEADILAN Selangor menyeru seluruh parti Politik di Malaysia wajar berpaksikan pelembangaan Malaysia dan Raja Berperlembangaan.

CHUA WEI KIAT
KETUA AMK SELANGOR
ADUN RAWANG

Related Posts
crossmenuchevron-up