Anwar Percaya MB Selangor Akan Mengambil Tindakan Yang Sesuai Dalam Isu HSKLU

Anwar Percaya MB Selangor Akan Mengambil Tindakan Yang Sesuai Dalam Isu HSKLU

Kami di pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mendengar penjelasan oleh Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari terkait isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) baru-baru ini.

Dan pada dua hari selepas itu, saudara Amiruddin Shari juga telah bertemu dengan saya untuk perbincangan lanjut terkait hal yang sama.

Oleh yang demikian, saya percaya Menteri Besar dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang selaras dengan dasar parti terkait pengekalan dan pemeliharaan alam sekitar dan hutan simpan.

ANWAR IBRAHIM


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *