Carian
April 12, 2021

Azmin Si Kitol Moden

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semakin tidak waras bila cuba mengaitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kisah pengkhianatan.

Kelihatan begitu janggal sekali kerana seluruh dunia mengenali Azmin sebagai pemula Langkah Sheraton yang akhirnya mengkhianati Pakatan Harapan.

Nama Azmin akan terpahat dalam sejarah sebagai Sikitol Moden dan pengkhianat seperti beliau akan kekal dibenci oleh masyarakat.

Sedangkan rakaman audio yang tular terkait Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Zahid Hamidi hanyalah satu rekayasa jahat untuk menutup kebobrokan kerajaan yang gagal dalam mentadbir negara.

Sebagai salah seorang menteri yang gagal, Azmin seharusnya bermuhasabah diri dan seterusnya berundur dari dunia politik.

Justeru itu sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia ini, saya doakan Azmin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Sekian.
Syed Badli Shah Bin Syed Osman
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up