Berpegang Teguh Pada Perjuangan, Walau Didesak, Diugut atau Ditawar Habuan

Berpegang Teguh Pada Perjuangan, Walau Didesak, Diugut atau Ditawar Habuan

KEADILAN mengambil maklum bahawa wujud langkah-langkah terancang yang sedang diusaha pihak-pihak tertentu untuk melemahkan kekuatan wakil rakyat terutama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang termasuk dari kalangan KEADILAN.

Ini sedang dilakukan dengan pendekatan ugutan dan umpan habuan samada berkait isu cukai pendapatan, siasatan polis dan sprm atau melalui tawaran projek dan jawatan dalam GLC.

Hal ini berlaku tatkala Kerajaan sedia ada sudah hilang sokongan majoriti di Parlimen, dan dalam keadaan sidang Parlimen boleh diadakan sewaktu Darurat berkuatkuasa.

Pada masa yang sama, jelas di mata ramai bahawa Kerajaan kini sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, sama ada berkait pendidikan, pekerjaan, mahupun kesihatan awam.

Maka KEADILAN mengecam langkah terdesak untuk membuatkan Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN keluar parti menjadi bebas atau menyertai parti Kerajaan, sama ada melalui ugutan mahupun habuan.

Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN harus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan semangat Reformasi, serta sentiasa beringat bahawa rakyat menilai setiap tindakan kita dan siap membalasnya pada Pilihanraya Umum ke-15 kelak.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *