KEADILAN Gesa Segera Benarkan Pengamal Perubatan Am Swasta Terlibat Dalam Program Pemberian Vaksin

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan pada hari secara atas talian. Salah satu isu utama yang dibincangkan adalah berkait pelaksanaan penutupan penuh (total lockdown) semua sektor ekonomi dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19, serta kegagalan Kerajaan Pusat melaksana langkah-langkah sepatutnya walaupun ia mempunyai kuasa darurat. Oleh itu,…

Siasatan Isu Suntikan Vaksin AstraZeneca Kurang Dos Perlu Bebas

Saya mengambil maklum kenyataan YB Menteri Kesihatan pada 24 Mei lalu. Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak memadai. Parlimen khususnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu memastikan bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (Public Accounts Committee, PAC) boleh berfungsi semula serta merta, walaupun Parlimen belum bersidang. YB Menteri Kesihatan serta semua yang terlibat…

Segerakan Bantuan Buat Warga KL

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan SOP terbaharu telah bermula sejak 23 Mei sehingga 5 Jun 2021. Semestinya dalam suasan pandemik COVID-19 yang belum reda, rakyat Malaysia khususnya warga Kuala Lumpur akur dengan keperluan mengawal pergerakan dan menghadkan aktiviti dalam usaha melandaikan lekuk penularan wabak. Hal ini pasti mendatangkan kesan kepada…

Menteri Wilayah Persekutuan Wajar Contohi Kerajaan Negeri Selangor Dengan Melakukan Ujian Saringan Percuma

Menteri Wilayah Persekutuan digesa mengadakan program saringan komuniti bersasar secara percuma berikutan peningkatan mendadak kes positif baharu di Kuala Lumpur. Program saringan ini juga akan dapat mengenal pasti mereka yang berkemungkinan menjadi ‘pembawa senyap’ (silent carriers) virus Covid-19, iaitu orang yang positif tetapi tidak mempunyai sebarang simptom serta berisiko menjangkiti…

Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Kembali Ke Sekolah, Berikan Komputer Riba Inisiatif Cerdik Kepada Mahasiswa B40

Lima bulan telah berlalu sejak pengumuman Tengku Zafrul, Menteri Kewangan pada 6hb November 2020 berkenaan pemberian 150,000 komputer riba kepada pelajar di 500 sekolah rendah dan menengah. Malangnya sehingga hari ini belum ada pengumuman dari Menteri Kewangan mahupun Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkenaan status terkini program Inisiatif Cerdik…

KEADILAN: Undi 18 Mesti Dilaksana Sekarang

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan pada hari ini dan telah membincangkan beberapa perkara seperti berikut: MPP tidak boleh menerima keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan pelaksanaan Undi 18. MPP mengambil pendirian tegas bahawa Undi 18 mesti dilaksana sekarang. MPP telah bersetuju untuk mewujudkan satu struktur…

Pelihara Daya Saing Prasarana Selular, Jangan Guna SPV Untuk Bina Rangkaian 5G

Saya meneliti pengumuman Kerajaan berkenaan program MyDIGITAL, khususnya cadangan penubuhan sebuah entiti khusus (SPV) yang dikawal Kerajaan bagi pembinaan rangkaian 5G, serta respon negatif Fitch Solutions Country Risk & Industry Research terhadap cadangan tersebut. Tidak boleh dinafikan pembinaan ekosistem 5G akan memberi kesan positif kepada ekonomi digital negara dan mampu…