Carian
May 25, 2021

Jimmy Puah Dilantik Sebagai Bendahari Pakatan Harapan Johor

1. Pada malam tadi (24 Mei 2021), Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Johor telah bermesyuarat secara dalam talian. Beberapa perkara telah dibincangkan dan keputusan telah dicapai.

2. Pakatan Harapan Johor sekali lagi menegaskan; kami menjunjung kasih titah DYMM Tuanku Sultan Johor agar satu sidang permesyuaratan dijalankan melibatkan seluruh Ahli Parlimen dan ADUN Johor bagi membincangkan situasi terkini di negeri ini khususnya melibatkan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

3. Pakatan Harapan Johor menyatakan sepenuh komitmen terhadap mesyuarat yang bakal dijalankan dan akan mengangkat cadangan-cadangan berkesan yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat berhadapan saat sukar ini.

4. Pada dasarnya, 5 cadangan akan diangkat iaitu langkah saringan secara meluas, program vaksinasi yang berkesan, pakej bantuan rakyat, perancangan pembukaan sempadan Johor-Singapura dan seruan agar ditamatkan darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

5. Berhubung langkah saringan secara meluas dan program vaksinasi, Pakatan Harapan Johor berpandangan hospital serta fasiliti yang dikawal selia oleh Kumpulan Perubatan Johor Sdn Bhd (KPJ) yang merupakan anak syarikat Johor Corporation (JCorp) misalnya, boleh memainkan peranan lebih besar bagi menjayakan misi ini.

6. Pada mesyuarat dalam talian yang sama juga, Pakatan Harapan Johor turut membangkitkan beberapa lagi isu lain seperti hal-hal berkaitan pendidikan, keselamatan sosial dan sebagainya.

7. Pakatan Harapan Johor juga telah memperkemas struktur jawatankuasanya dengan perlantikan Sdra YB Jimmy Puah Wee Tse sebagai Bendahari, Sdra YB Sheikh Umar Bagharib Bin Ali sebagai Ketua Penerangan dan penyertaan Sdra YB Andrew Chen Kah Eng serta Sdra YB Alan Tee Boon Tsong sebagai ahli jawatankuasa baharu pasca pemilihan DAP Negeri Johor pada 2 Mei lalu.

8. Pakatan Harapan Johor juga memandang serius keresahan rakyat terbanyak yang menzahirkan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Antaranya sepertimana yang dizahirkan di laman-laman media sosial contohnya menerusi tanda palang #KerajaanGagal, #KerajaanBodoh dan sebagainya.

9. Pakatan Harapan Johor mendesak agar perintah Darurat ditamatkan segera dan Parlimen serta DUN dibenarkan bersidang semula bagi memastikan isu-isu rakyat dapat dibincangkan dengan lebih berkesan.
1 YB AMINOLHUDA BIN HASSAN Pengerusi
2 YB SYED IBRAHIM BIN SYED NOH Timbalan Pengerusi
3 YB LIEW CHIN TONG Timbalan Pengerusi
4 SDR MOHD FAIZUL BIN MOHD SALLEH Setiausaha
5 YB MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHE MAN Ketua Angkatan Muda
6 YB NOR HAYATI BINTI BACHOK Ketua Angkatan Wanita
7 YB JIMMY PUAH WEE TSE Bendahari
8 YB SHEIKH 'UMAR BAGHARIB BIN ALI Ketua Penerangan
9 YB HJ. DZULKEFLY BIN AHMAD Ahli Jawatankuasa
10 YB SUHAIZAN KAIAT Ahli Jawatankuasa
11 SDR NAIM BIN JUSRI Ahli Jawatankuasa
12 YB ANDREW CHEN KAH ENG Ahli Jawatankuasa
13 YB GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM Ahli Jawatankuasa
14 YB TEO NIE CHING Ahli Jawatankuasa
15 YB YSAHRUDIN BIN KUSNI Ahli Jawatankuasa
16 YB ALAN TEE BOON TSONG Ahli Jawatankuasa

YB AMINOLHUDA HASSAN
Ketua Pembangkang Dewan Negeri (DUN) Johor
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor
YB SYED IBRAHIM SYED NOH
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor

YB LIEW CHIN TONG
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor

Related Posts
crossmenuchevron-up