Carian
June 22, 2023

Pakatan Harapan - Barisan Nasional TERENGGANU: BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH

Merujuk kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad bin Said hari ini berkenaan kekuatan sebenar UMNO dan PAS di Terengganu dan perlunya Pakatan Harapan terutama Parti Keadilan Rakyat(PKR) mengukur baju di badan sendiri.

Kenyataan ini sebenarnya tiada masalah memandangkan Pakatan Harapan Terengganu sejak bertapak di Terengganu melalui dua pilihanraya umum sebelum ini, sememangnya akur kekuatan ini perlu diteruskan melalui gerak kerja pimpinan dan akar umbi yang lebih agresif.

Namun, kewujudan Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional perlu diselaraskan di negeri memandangkan tujuan utama kita bersama iaitu membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu yang pastinya memberi negeri Terengganu satu nafas baru dan memperbaiki kelemahan PAS yang telah mentadbir selama satu penggal ini.

Rundingan kerusi diantara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di lima buah negeri yang lain berlaku secara baik tanpa ada kenyataan yang mengguriskan perasaan rakan-rakan lain.

Saya yakin baik kepimpinan utama Barisan Nasional Terengganu, mahupun Pakatan Harapan Terengganu. Kita semua mahu proses rundingan ini selesai secara muktamad dan harmoni tanpa ada berlaku pertikaian semasa proses pengundian.

Dan saya yakin jika kita mampu menunjukkan kebersamaan kita yang lebih kukuh, pasti rakyat lebih yakin untuk bersama dan memberi peluang untuk kita mentadbir negeri Terengganu.

WAN MUHAMAD HAIKAL BIN WAN GHAZALI 

Ketua Penerangan AMK Terengganu

Related Posts
crossmenuchevron-up