Peguam Negara Ketepi Institusi Raja Demi Melindungi Kerajaan Yang Mahu Berkuasa Mutlak

Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti dengan serius kenyataan Peguam Negara 25 Jun lalu berhubung kuasa-kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan nasihat Jemaah Menteri. Pada ketika negara berhadapan krisis pandemik COVID-19, begitu ramai yang hilang nyawa dan pekerjaan, ekonomi kekal suram, serta kerajaan yang tidak stabil lagi tiada…

Pengambilan Khas Guru KPM Secara “One Off” Perlu Berfasa Dan Penelitian

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) mengambil maklum pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan berkaitan pengambilan khas guru KPM secara “one off” seramai 18,702 orang. JKPPH menyambut baik langkah ini sekiranya ia dapat menyelesaikan isu kekurangan guru selama ini dan memberi peluang pekerjaan kepada ramai graduan yang sedang menganggur. Walau bagaimanapun, setelah…

Darurat Tidak Perlu Dilanjutkan Selepas 1 Ogos

Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih di atas titah pandangan DYMM Raja-Raja Melayu berkaitan isu Darurat seperti yang terkandung di dalam kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 16 Jun lalu, iaitu "tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021". Pakatan Harapan mengekalkan pendirian yang…

Parlimen Perlu Bersidang Sebelum 1 Ogos

Majlis Presiden mengulangi pendirian Pakatan Harapan iaitu Parlimen perlu bersidang secepat mungkin sebagai menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Selaras dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos agar Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat dapat dibentang dan dipertimbang Ahli-Ahli Parlimen.…

Menyokong Penuh Kenyataan Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara Bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Mempunyai Kuasa Autoriti Memanggil Sidang Parlimen Berdasarkan Kuasa Diperuntukkan Oleh Seksyen 14(1)(b), Ordinan Darurat (Kuasa-Kuas Perlu) 2021

1. Kami, Ahli-Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia menyokong penuh kenyataan Tuan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim yang telah menegaskan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah mempunyai kuasa autoriti semasa darurat untuk memanggil Ahli Parlimen kembali bersidang. Kenyataan Tuan Yang…

Keengganan Memanggil Sidang Parlimen Satu Salah Guna Kuasa

Keengganan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinet untuk memanggil sidang Parlimen dalam kadar segera sepertimana dititahkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu adalah satu salah guna kuasa. Tiada alasan munasabah dalam menolak memanggil sidang Parlimen segera. Alasan melengahkan persidangan Parlimen sehingga bulan September tidak boleh diterima sama sekali. Ia…

Buka Parlimen Secepat Mungkin Atau Undur Diri

Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih di atas titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, semalam. Majlis Presiden turut menjunjung kasih di atas titah Tuanku bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Kami juga mengambil…

‘Pelan’ Tanpa Pelan Yang Sebenar

Kami meneliti ‘pelan’ yang dibentang Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin petang semalam. Walau bagaimanapun, kami sangat terkejut apabila mendapati bahawa ianya hanyalah siri fasa tanpa strategi yang lengkap mahupun langkah-langkah yang jelas, bersepadu dan menyeluruh untuk mengatasi pandemik COVID-19, memberi bantuan secukupnya kepada Rakyat serta syarikat-syarikat yang sedang…