Cukuplah Berdiam Diri, Perdana Menteri Perlu Berani Ambil Tanggungjawab Dalam Isu SPRM

Cukuplah Berdiam Diri, Perdana Menteri Perlu Berani Ambil Tanggungjawab Dalam Isu SPRM

Merujuk kepada laporan media, Tan Sri Azam Baki iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata bahawa beliau tidak akan berundur daripada jawatan disandang dan tiada mana-mana pihak boleh manamatkan tugasnya selain daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Namun, berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 5, (3) Ketua Pesuruhjaya hendaklah, dalam tempoh pelantikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan selama diperkenankan oleh YDPA, tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri.

Ini bermakna, sebarang keputusan memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM boleh dimulakan oleh Perdana Menteri seperti mana berpandukan undang-undang sedia ada hari ini.

Kerana itu Angkatan Muda Keadilan (AMK) berpendirian seperti yang dinyatakan ketika ‘Konvoi Selamatkan SPRM’ di Putrajaya pada Isnin lepas bahawa Perdana Menteri seharusnya lebih berani untuk mempertahankan integriti.

Beliau sepatutnya lebih proaktif untuk menyelesaikan kemelut ini dengan segera dan seterusnya membuat pindaan undang-undang agar proses perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu melalui proses Parlimen.

Keengganan kerajaan untuk bertindak dan sebaliknya cuba menegakkan benang yang basah hanya akan terus melemahkan institusi SPRM serta membawa negara ke kancah ‘darurat integriti’ lebih mendalam.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *