Carian
March 3, 2021

Demokrasi Tempang

KEADILAN memandang serius kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyebut bahawa kerajaan memutuskan tiada lagi keperluan untuk sidang Parlimen diadakan ketika tempoh darurat.

Kenyataan ini jelas bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang telah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda.

Demokrasi berparlimen seharusnya diraikan dan bukan direncatkan dengan alasan tempang.

Beralasan mengambil kira faktor kesihatan dan terdapat ramai ahli parlimen berusia emas adalah alasan dangkal yang mencacatkan demokrasi.

Wakil-wakil rakyat merupakan kumpulan pertama penerima Vaksin Covid-19. Sehubungan itu alasan kebimbangan berkait penularan wabak Covid-19 adalah tidak relevan.

Kerajaan seharusnya membenarkan demokrasi berfungsi selaras dengan titah baginda Yang di-Pertuan Agong.

Justeru itu saya menggesa kerajaan segera memanggil sidang parlimen bagi membolehkan ahli-ahli parlimen mengambil bahagian dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

Sekian.
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya

Related Posts
crossmenuchevron-up