Carian
February 19, 2021

Fuziah:Hentikan Konsultasi Tapak Pelupusan Kekal Lynas

Proses Konsultasi Awam berkaitan Kajian Impak Alam Sekitar keatas Tapak Pelupusan Kekal Sisa Buangan Radioaktif (PDF) Lynas TIDAK BOLEH diteruskan
dan harus di hentikan segera, selagi kawasan tersebut masih belum bertukar status memandangkan kini kawasan tersebut merupakan Kawasan Sensitif Alam Sekitar
(KSAS) bernilai warisan Tahap 1 (rujuk Rancangan Tempatan Daerah Kuantan 2035 (Penggantian) Jilid1)

Satu kajian Impak Alam Sekitar untuk Tapak Pelupusan Kekal Sisa Radioktif Lynas (PDF) di atas tanah seluas 58.25 hektar kini sedang dipamerkan kepada awam.

Tapak PDF ini merupakan sebahagian dari kawasan yang lebih besar sebanyak 202.35 hektar di kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Kuantan yang juga telah dikenalpasti sebagai kawasan Tapak Pelupusan Sisa Industri Berjadual Pelbagai Kategori (Multi Category Industrial Scheduled Waste Disposal Site - MCISWDS)

Consultant EIA bagi pihak Lynas telah melaporkan bahawa kawasan tapak PDF Lynas kini sedang di sisihkan (alienated) dari kawasan hutan simpan kekal tersebut.

Namun dapatan dari kajian saya mendapati bahawa kawasan yang di kenalpasti tersebut bukan setakat merupakan kawasan hutan simpan kekal (di Pahang hutan simpan
kekal boleh di nyah warta secara mudah tanpa melalui konsultasi dan pendengaran awam seperti di Selangor) akan tetapi fakta yang lebih merisaukan ialah ianya
merupakan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) bernilai warisan tahap 1, di mana kawasan seperti ini tidak boleh dibangunkan sekiranya kita berpandukan kepada garis
panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa.

Saya ingin tegaskan bahawa proses konsultasi dan pendengaran awam EIA Lynas ini merupakan satu proses yang songsang serta salah dari segi proses undang - undang.
Seharusnya status tapak tersebut diubah terlebih dahulu. Kini ianya di warta sebagai KSAS bernilai warisan tahap 1 yang bermaksud kawasan tersebut tidak boleh ada
aktiviti pembalakan, perlombongan, mahupun pertanian.

Mengubah status KSAS ini melibatkan proses konsultasi dan pendengaran awam dijalankan. Apatah lagi ianya telah termaktub didalam Rancangan Tempatan Daerah
Kuantan 2035, yang sekaligus merupakan bukti bahawa Majlis Perbandaran Kuantan mematuhi garispanduan Rancangan Fizikal Negara. Sekiranya status KSAS tersebut
berjaya di tukar melalui proses konsultasi dan pendengaran awam, barulah Kajian Impak Alam Sekitar boleh di jalankan keatas tapak pelupusan kekal sisa industri
berjadual pelbagai kategori pula. Ini juga kemudiannya memerlukan konsultasi dan pendengaran awam.

Akhir sekali baru lah boleh di jalankan kajian impak alam sekitar keatas tapak PDF Lynas. Prosedur ini semua mengambil kira proses undang-undang berdasarkan undang-undang yang termaktub didalam pelbagai Akta yang digunapakai di Malaysia.

Didalam keadaan di mana Majlis Perbandaran Kuantan diambang pemahsyuran menjadi Majlis Bandaraya Kuantan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan tegas, supaya jangan tersilap langkah didalam isu ini. Kuantan harus membangun secara lestari dan bukan sebaliknya.

Terima Kasih

Related Posts
crossmenuchevron-up