Hentikan Perbuatan Fitnah, Tak Perlu Baling Batu Sembunyi Tangan

Hentikan Perbuatan Fitnah, Tak Perlu Baling Batu Sembunyi Tangan

Berapa kenyataan telah tular sejak kebelakangan ini, ianya jelas kelihatan wujudnya usaha untuk memecah-belahkan semangat perpaduan dalam kalangan anggota KEADILAN serta beberapa usaha dilakukan secara berterusan untuk menyerang Presiden KEADILAN, Dato Seri Anwar Ibrahim menerusi surat-surat layang yang disebarkan.

Secara peribadi, saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan fitnah serta tindakan segelintir pihak yang disifatkan seperti baling batu sembunyi tangan apabila memilih menyerang Presiden KEADILAN dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.

Usaha untuk menganggu-gugat kedudukan Presiden KEADILAN hanyalah bertujuan mengalih perhatian daripada perbincangan perihal dasar kerajaan yang lebih penting pada ketika ini.

Saya menyeru supaya kepimpinan tertinggi kesemua parti di dalam Pakatan Harapan untuk berdiri teguh di belakang Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden KEADILAN, Dato Seri Anwar Ibrahim agar kita dapat bergerak ke hadapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang, sekaligus kembalikan mandat rakyat yang telah dikhianati pada Februari tahun lalu.

FARHASH WAFA SALVADOR
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *