Siasat Dakwaan Guru Persenda Jenayah Rogol Dan Maruah Wanita

Siasat Dakwaan Guru Persenda Jenayah Rogol Dan Maruah Wanita

Merujuk kepada laporan media dan dakwaan seorang pelajar sekolah menerusi laman “tik tok”nya yang mendakwa bahawa seorang guru lelaki di sekolahnya telah mempersenda jenayah rogol dan maruah wanita semasa sesi kelas membincangkan isu gangguan seksual.

Dakwaan pelajar tersebut adalah dakwaan yang serius dan mesti diambil perhatian segera oleh Kementerian Pendidikan kerana ia melibatkan warga pendidik yang sepatutnya memberikan advokasi dan maklumat yang tepat tentang isu gangguan seksual.

Mempersenda jenayah rogol dan maruah wanita adalah bentuk jenayah gangguan seksual yang nyata serta melibatkan isu moral. Perbuatan tidak bertanggungjawab warga pendidik tersebut adalah dakwaan yang serius dan memerlukan siasatan menyeluruh kerana dibimbangi budaya “rape culture” akan menular dan menjadi normalisasi dalam masyarakat.

Saya juga merakamkan penghargaan yang tinggi kepada pelajar tersebut yang telah menampilkan keberanian dan kecerdasan yang cukup luar biasa dalam mempertahankan maruah wanita dan tegas menolak budaya “rape culture” dan lawak lucah yang berleluasa dalam masyarakat.

Menteri pendidikan, Radzi Jidin harus segera memberikan respon dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dakwaan yang serius ini. Seruan yang sama kepada Menteri KPWKM, dengan tahap keseriusan kes-kes gangguan seksual yang berlaku dalam masyarakat, mengapa terus berlaku kelewatan dalam pembentangan RUU Akta Gangguan Seksual di Parlimen? Bentang RUU Akta Gangguan Seksual di Parlimen atau undur diri dengan bermaruah!

FADHLINA SIDDIQ
PENGERUSI BIRO GUAMAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
WANITA KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *