Carian
February 4, 2022

Inflasi Rancak Meningkat Selama 22 Bulan Berturut-turut Di Bawah Kerajaan PN

1. Rakyat Malaysia terus membayar harga untuk pengkhianatan mandat rakyat yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional apabila inflasi semakin rancak meningkat selama 22 bulan berturut-turut kerana kelemahan PN mentadbir negara.

2. Berdasarkan maklumat yang saya himpunkan daripada data 24 bulan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Indeks Harga Pengguna (IHP) bulanan bagi subkumpulan makanan dan minuman tanpa alkohol mengalami peningkatan selama 24 bulan berturut – turut sejak Januari 2020 sehingga Disember 2021.

Jadual 1: IHP bagi Subkumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol 2020 Dan 2021(Nota: subkumpulan makanan dan minuman merujuk kepada makanan dan minuman tanpa alkohol)
Inflasi rancak

3. IHP merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur inflasi manakala IHP bagi subkumpulan makanan dan minuman tanpa alkohol merupakan kayu ukur kepada tahap inflasi barangan pengguna negara.

4. Inflasi yang tinggi menghakis kuasa membeli rakyat, baik golongan T20, M40 mahupun golongan B40. Keluarga berpendapatan rendah daripada golongan B40 yang dilanda kemiskinan pelbagai dimensi kini berdepan risiko kekurangan khasiat kerana kuasa membeli barangan makanan yang berkualiti dan mencukupi semakin menurun dan terpaksa mencatu makanan.

5. Penyelesaian jangka panjang bagi isu ini harus kembali kepada asasnya iaitu meneliti dasar kerajaan dan mekanisma pengeluaran dan bekalan makanan tempatan bagi menjamin bekalan makanan tempatan. Campur tangan kerajaan ke atas harga barangan pengguna hanyalah satu langkah pembetulan (corrective action) yang tidak mampan.

6. Malah, campur tangan sementara seperti kawalan harga terhadap ayam segar dan telur merugikan pengguna dan pengeluar ayam segar serta berisiko membunuh industri ternakan ayam tempatan secara perlahan.

7. Selain itu, tindakan Kerajaan membuka kedai koperasi atau Coop Mart bagi menjual barangan asas kepada penduduk secara bersasar dengan kos yang lebih murah juga tidak menyelesaikan masalah inflasi dan isu jaminan makanan secara menyeluruh dalam jangka masa panjang.

8. Berdasarkan laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) 2021 dan 2022, Peratusan Tahap Sara Diri (SSL) beras telah menurun daripada 74.30 %(2019) kepada 69.00 %(2020) dan purata hasil padi dikeluarkan juga menurun daripada 4.10 tan metrik/hektar (2019) kepada 3.64 tan metrik/hektar (2020).

Jadual 2: Data Kumpul daripada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan MAFI 2021 dan 2022

 

Inflasi

9. Ini bermakna, usaha dan strategi Kerajaan PN seperti peruntukan khas Pandemik Covid–19 Dana Jaminan Makanan sebanyak RM 1 billion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac 2020 untuk menjamin sekuriti makanan telah gagal.

10. Maka, Wanita KEADILAN menggesa Kabinet Ismail Sabri agar mengambil berat isu kenaikan harga barang yang menekan hidup rakyat dengan mencari penyelesaian masa jangka panjang dan lebih menyeluruh bagi isu jaminan bekalan makanan dan kenaikan harga barang.

Loh Ker Chean
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN

 

 

 

Related Posts
crossmenuchevron-up