Jangan Gaduh, Ismail Dan Muhyiddin Layak Jadi Ikon Gagal Malaysia

Jangan Gaduh, Ismail Dan Muhyiddin Layak Jadi Ikon Gagal Malaysia

Bekas Perdana Menteri Muhyiddin dan Perdana Menteri Ismail Sabri saling menuduh siapa yang gagal dalam bab urusan kerajaan, bagi saya perkara ini sangat senang, mereka tak perlu saling menuduh sebab mereka adalah Ikon Gagal Malaysia.

Kelmarin Muhyiddin menyatakan, Ismail Sabri gagal menguruskan masalah ekonomi negara. Hal ini kerana pelbagai isu yang dihadapi oleh rakyat di negara ini namun Ismail Sabri tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang penting untuk diatasi dan diselesaikan. Ismail Sabri membalas dengan menuduh Muhyiddin gagal kerana dia merupakan pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Selepas Langkah Sheraton Muhyiddin menjadi Perdana Menteri melalui pintu belakang,gagal mengawal keadaan Covid, umum darurat untuk kekal berkuasa, akhirnya dijatuhkan akibat pergaduhan antara BN dan PN. Pemerintahan PN adalah zaman demokrasi paling gelap di sejarah Malaysia.

Kerajaan BN pimpinan di bawah Ismail Sabri sekarang mengalami ketempangan. Kegagalan yang jelas apabila Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, gagal menguruskan isu nilai mata wang, isu dalaman UMNO dan skandal LCS.

Gandingan Ismail Sabri dan Menteri Kewangan UMNO Tengku Zafrul telah menyebabkan nilai mata wang terus jatuh ke paras terendah.Kegagalan yang jelas dan seluruh rakyat terkesan adalah kejatuhan nilai Ringgit sehingga RM4.50 kepada satu Dolar Amerika (USD). Tetapi Tengku Zafrul rasa bangga dan gembira konon nilai mata wang jatuh baik untuk pengeksport cari keuntungan.

Lagi malang ialah Presiden UMNO Ahmad Zahid sedang mengusahakan PRU diadakan waktu banjir. Rakyat sudah cukup merasai kegagalan pimpinan PN dan BN. Umum akan setuju 100% jika Ismail Sabri dan Muhyiddin dinobat sebagai Ikon Gagal Malaysia.

Bagi saya, Muhyiddin dan Ismail Sabri tidak perlu saling menuding jari dalam bab siapa lebih gagal.Mereka telah buktikan kepada rakyat Malaysia betapa gagal kepimpinan mereka, saya cadang dua Ikon Gagal Malaysia bersara dan guna masa tersebut berehat di rumah dan bermain dengan cucu.

Chua Wei Kiat
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN
ADUN Rawang


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *