Jangan Ulangi Kesilapan Bajet 2021. Tingkatkan Bejat Pertanian 2022

Jangan Ulangi Kesilapan Bajet 2021. Tingkatkan Bejat Pertanian 2022

Pakatan Harapan mendesak Kerajaan jangan ulangi kesilapan besar memotong 7% dalam bajet Pertanian pada tahun 2021. Akibat daripada itu, petani, nelayan dan penternak mengalami pelbagai cabaran tahun ini. Antaranya, baja subsidi lewat, benih padi sah tidak kesampaian dan quota subsidi minyak nelayan tidak mencukupi sepanjang tahun.

Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan telah mengutamakan sektor pertanian sebagai sektor pertumbuhan baharu atau “New Engine of Growth” untuk negara kita.
Dalam Bajet 2021, peruntukan sektor Pertanian telah menurun 7%. Pakatan Harapan mendesak Kementerian Kewangan meningkatkan peruntukan dalam Bajet 2022 secara signifikan demi mencapai “WOW” effect yang dikatakan oleh PM.

Pandemik yang berlaku memberi kesedaran bahawa kita perlu berusaha menjadi negara berdikari untuk mendepani cabaran sekuriti bekalan makanan dan mengekalkan daya tahan rantaian bekalan.

Dalam siri pertemuan dengan Menteri Kewangan, Pakatan Harapan melalui wakil-wakil PH telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kementerian kewangan. Enam cadangan utama adalah:

1.Meningkatkan Tabung Pinjaman Agrofood atau kemudahan pembiayaan pertanian makanan (pinjaman mudah berkadar faedah rendah). Dan Meningkatkan had RM5 juta untuk setiap pinjaman kepada RM10 juta setiap pinjaman.

2.Agroteknologi – Meningkatkan penggunaan teknologi pertanian dari segi automasi, jentera perladangan di kalangan petani melalui grant atau pinjaman faedah rendah.

3.Agropreneur Muda – Meningkatkan grant Agropreneur Muda yang menggalakkan penglibatan orang muda dalam sektor pertanian

4.PERKESO Petani – Segera melaksanakan Program PERKESO Petani yang dimulakan oleh Pentadbiran Pakatan Harapan. Program ini akan memberi perlindungan kepada para petani yang tidak dilindungi sebarang insurans pekerjaan.

5.Output based subsidi – Meningkatkan subsidi dengan mengira output demi meningkatkan hasil tanaman padi.

6.Subsidi Minyak – Meningkatkan quota subsidi minyak kepada para nelayan.

Semoga Sektor Pertanian akan mendapat perhatian utama dalam Bajet 2022.

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *