Carian
July 4, 2020

Jurucakap Parlimen KEADILAN

JURUCAKAP PARLIMEN-01 JURUCAKAP PARLIMEN-02

 

JURUCAKAP PARLIMEN KEADILAN

KEADILAN terus komited untuk memperjuangkan ekonomi peduli rakyat dan meneruskan agenda reformasi.

Usaha untuk memperkuatkan dan mengeratkan hubungan di antara parti politik yang ada di Pakatan Harapan akan terus berjalan.

Pakatan Harapan merupakan pilihan terbaik untuk menggantikan Perikatan Nasional yang telah gagal menguruskan ekonomi dengan baik, terutamanya ketika rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19. Ramai rakyat yang telah kehilangan kerja dan terpaksa menutup perniagaan yang menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan. Malangnya, Perikatan Nasional hanya fokus memberikan jawatan-jawatan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan kepada Ahli Parlimen mereka, dan merosakkan institusi negara.

Untuk memastikan dan mempertingkatkan keberkesanan Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN, Pejabat Presiden dan Whip Parti melantik Jurucakap Parlimen (Parliamentary Spokespersons) KEADILAN untuk membayangi Menteri-Menteri Perikatan Nasional, mengikut portfolio-portfolio yang ada.

Barisan Jurucakap Parlimen yang telah dipilih menonjolkan kekuatan KEADILAN sebagai parti politik berbilang kaum yang inklusif dan berjaya dalam sejarah Malaysia. Barisan ini menawarkan tokoh muda, wanita, mereka yang berpengalaman di peringkat Kerajaan Persekutuan dan negeri, pernah bekerja di pihak korporat, berkhidmat di kesatuan sekerja dan juga aktivis-aktivis masyarakat.

Dengan kewujudan Jurucakap Parlimen KEADILAN ini, setiap keputusan Kabinet Perikatan Nasional akan disemak imbang dengan lebih efektif, dan ia akan memastikan kecekapan dan keberkesanan Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN akan dipertingkatkan.

KEADILAN telahpun memaklumkan kepada rakan-rakan Pakatan Harapan mengenai penubuhan Jurucakap Parlimen KEADILAN ini, dan rakan-rakan Pakatan Harapan juga sedang giat membuat persiapan untuk Sidang Parlimen ini.

YB Nik Nazmi Nik Ahmad

Ketua Setiausaha Pengelola

Parti Keadilan Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up