Carian
August 26, 2021

Kegagalan PN Menyebabkan 1517 Pelajar Menjadi Anak Yatim

Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional melakukan pemberian segera vaksin kepada rakyat seluruh negara telah memberi kesan emosi yang mendalam kepada 1,517 pelajar yang hilang kasih sayang setelah menjadi anak yatim atau yatim piatu.

Laporan dari akhbar Harian Metro pada 24 Ogos 2021 telah mengundang reaksi yang pelbagai terutama dari wanita yang mempunyai naluri keibuan kerana jelas dinyatakan akibat kematian ibu atau bapa atau kedua2nya berpunca dari virus Covid-19.

Sebagai aktivis Masyarakat, saya sering terlibat dengan urusan kanak-kanak dan wanita yang mengalami tekanan perasaan dan sangat memahami apa yang dirasai oleh mereka. Justeru, pada saat pelajar berkenaan bergelar anak yatim, selain bantuan fizikal, mereka juga sangat memerlukan bimbingan dan kaunseling serta perhatian yang lebih bagi memulihkan semangat serta emosi mereka.

Malang sekali apabila usaha dari pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan masyarakat sangat mendukacitakan apabila dinyatakan hanya 33 pelajar yatim piatu (dari 1517) seluruh negara dikenalpasti akan diberi bantuan dan ditempatkan di 7 pusat perlindungan.

Persoalannya apakah penempatan anak2 yatim berkenaan dibuat dengan teliti dan teratur bukan ibarat melepas batuk ditangga sahaja.

Pihak yang mengurus perlu melakukan proses yang telus dan adil dalam mengenalpasti dan memilih anak2 yatim yang harus diutamakan mendapat bantuan terbaik dipusat mereka ditempatkan kelak.

Dengan itu, Perdana Menteri dan menteri KPWKM yang baharu harus segera menangani isu pemberian vaksin dan memastikan tiada berlaku penyelewengan dan ketirisan dalam urusan menyantuni anak2 yatim akibat dari kematian ibubapa mangsa pesakit Covid 19.

Tentunya tidak sedikit beban dosa yang akan ditanggung oleh mereka yang tidak amanah dalam menjaga hak dan keperluan anak2 yatim.

Mahani Abdul Moin
Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat

Related Posts
crossmenuchevron-up