Kenaikan Gaji Dan Bonus Eksekutif Kanan Bank Ketika Pandemik Covid-19

Kenaikan Gaji Dan Bonus Eksekutif Kanan Bank Ketika Pandemik Covid-19

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kontroversi mengenai pegawai kanan bank di Malaysia menerima kenaikan gaji, bonus dan insentif lain walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 sedang berlaku di negara kita. Pandemik telah menyebabkan tekanan sosial dan ekonomi; termasuklah isu ramai yang berhadapan pendapatan berkurangan dan orang yang kehilangan pekerjaan.

Tidak salah bagi syarikat – termasuk syarikat yang berkaitan dengan kerajaan – untuk memberi penghargaan dan memberi insentif kepada usaha keras pekerja, bahkan ketika menghadapi masalah ekonomi dan krisis.

Persoalan yang harus kita tanyakan ialah adakah kenaikan ini dapat berkait langsung dengan prestasi bank-bank ini.

Memang benar kebanyakan mereka memperoleh keuntungan yang sihat. Cuma, kita juga tidak boleh lupa bahawa sektor perbankan Malaysia amat terkawal.

Meraih keuntungan adalah hal asas untuk menilai keberjayaan sesebuah syarikat, termasuklah bank.

Jadi, apa yang mereka lakukan untuk mendapat keuntungan yang luar biasa ini?

Hakikatnya keupayaan bank-bank dapat membayar insentif seperti bonus merupakan bukti empirikal pemberian moratorium PKP 2020 tidak memberi kesan kepada perniagaan mereka.

Malah, moratorium ini juga dapat membantu mengawal pinjaman tidak berbayar (NPL). Oleh itu, sangat aneh bank-bank dan kerajaan; terutama Kementerian Kewangan, berkeras bahawa moratorium pinjaman menyeluruh seharusnya ditamatkan.

Mengapa berakhir sekiranya mereka masih dapat membayar bonus ini?

Semua bank, terutama bagi bank-bank GLC yang memiliki misi nasional harus lebih peduli terhadap rakyat dan tidak menekan jutaan rakyat Malaysia hanya untuk memperoleh pendapatan tambahan, yang tujuannya untuk membiayai bonus tinggi untuk beberapa orang yang terpilih.

Sekali lagi, ini adalah soalan-soalan yang mesti dijawab oleh ahli Lembaga para bank dan Kementerian Kewangan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *