Carian
June 9, 2020

Kenyataan Bersama Pakatan Harapan, Bersatu, Warisan

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN, BERSATU, WARISAN

9 Jun 2020

Pimpinan Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat bersama YB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YAB DS Shafie Apdal hari ini, yang dipengerusikan oleh YB DS Anwar Ibrahim.

Mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti, dan menampakkan kemajuan yang amat positif.

Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

YAB Datuk Seri Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah (WARISAN)

Related Posts
crossmenuchevron-up