Carian
January 20, 2022

Kerajaan Harus Ambil Tindakan Lebih Proaktif Nembantu Penternak-penternak Khinzir Dalam Isu African Swine Fever (ASF)

Rakyat Malaysia sedang menghadapi wabak COVID. Kurang diketahui ialah ternakan khinzir pula menghadapi wabak African Swine Fever (ASF) yang mengakibatkan hampir 100% kematian ternakan babi. Industri ternakan khinzir bernilai lebih kurang RM5 bilion dalam Malaysia, maka, Kerajaan harus ambil tindakan lebih proaktif membantu penternak-penternak khinzir.

Saya ingin memberi pengiktiran bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah bertindak secara professional dan pantas menangani penularan wabak ASF.

Walau bagaimanapun, demi menangani masalah wabak virus ASF ini, ia memerlukan All-Government Approach bukan bergantung kepada DVS sahaja. Dalam soal ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan harus menjadi peneraju dalam usaha membanteras ASF ini.

Saya sebagai jurucakap Parlimen hal-ehwal Pertanian dan Komoditi mewakili KEADILAN, ingin mencadangkan 5 strategi menangani masalah ASF dengan lebih berkesan:

1. All Government Approah
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan harus mengambil langkah yang lebih proaktif dan strategi All-Government Approah. Setakat ini, usaha lebih pada peringkat DVS sahaja.

2. Meningkatkan Biosekuriti Ladang
Membantu meningkatkan biosekuriti ladang di semua ladang komersial. Usaha ini bukan setakat pihak kerajaan, tetapi lebih kepada usaha para penternak sendiri.

3. Pemberian Pampasan
Kerajaan harus memberi pampasan kepada penternak khinzir yang memusnahkan khinzir yang dikesan ASF. Tujuan ini adalah untuk menggalakkan laporan segera kepada pihak DVS jika wabak dikesan dan mengelakkan penjualan haram babi yang sakit ke pasaran. Saya ingin mencadangkan pampasan sebanyak RM400 seekor

4. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan )
Melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau MCO ke atas pergerakan babi ternakan hidup. Babi hidup hanya boleh bergerak di dalam negeri sahaja dan penyelembihan dilakukan dalam negeri tersebut sahaja.

5. Melibatkan pihak Angkatan Tentera dalam usaha memusnahkan babi yang sakit.
Usaha memusnahkan (culling) babi sakit sekarang diusahakan oleh pihak penternak sahaja. Ia terlalu lambat dan kekurangan tenaga kerja dan jentera untuk memusnahkan babi.

Kerajaan harus mengambil pengalaman daripada peristiwa Nipah Virus yang berlaku pada tahun 1998. Pengajaran dan Tindakan kerajaan yang cepat yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia harus dipelajari untuk tahun 2022.

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
Jurucakap Hal Ehwal Pertanian Parlimen KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up