Carian
August 9, 2022

KERAJAAN PERLU MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) UNTUK SIASAT SKANDAL PENYELEWENGAN WANG PENJANAKERJAYA-PERKESO

Kerajaan perlu menubuhkan RCI untuk menyiasat lebih terperinci dan ambil tindakan terhadap yang terlibat dari Kementerian, agensi-agensi, syaraikat- syarikat dan individu yang menyalagunakan wang Rakyat.

Pada bulan lepas Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggantung bayaran Program Penjana Kerjaya berjumlah RM423 juta susulan kes penyelewengan dana oleh syarikat berstatus sendirian berhad.

Pada 14 Julai 2022, pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dana insentif Program Penjana Kerjaya bernilai lebih RM1.2 juta.
Apakah tindakan selanjutnya oleh pihak SPRM selepas mereka direman untuk membantu soalsiasat? Pada 15 Julai 2022 SPRM melaporkan bahawa seramai 37 individu yang dipercayai menggunakan platform Penjana Kerjaya untuk membuat tuntutan palsu sehingga RM100 juta.

PENJANA bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan. Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini melalui Penyedia Perkhidmatan Pekerjaan Negara (National Employment Services), PERKESO.

Menteri yang bertanggungjawab perlu ada sikap akauntabiliti serta membentangkan segala laporan di parlimen dan nyaklasifikasikan segala dokumen yang melibatkan PENJANA untuk pengetahuan umum.

Kes yang melibatkan rasuah, penyelewengan, ketirisan serta penyalagunaan kuasa tidak boleh ditolak ansur oleh mana-mana pihak, wajar diambil tindakan dakwah di Mahkamah dan memberi hukuman berat.

R. YUNESWARAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT
KETUA CABANG KEADILAN TEBRAU
PARTI KEADILAN RAKYAT

Related Posts
crossmenuchevron-up