Carian
July 17, 2021

Kerja Keras Pihak Berkuasa Polis Sangat Dihargai Hingga Tertangkapnya Suspek Pembunuh Bill Kayong

1.Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak mengambil maklum perkembangan positif kes Bill Kayong yang masih belum selesai dengan tertangkapnya suspek Koong Siang Ming seperti dilaporkan di dalam Dayakdaily dan portal lain pada hari ini.

2.Justeru, KEADILAN Sarawak ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak berkuasa polis di atas usaha berterusan mereka sehingga tertangkapnya suspek tersebut.

3.Mendiang Bill Kayong merupakan anggota KEADILAN dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Keadilan Cabang Miri semasa beliau ditembak mati di dalam keretanya yang sedang berhenti di satu persimpangan Jalan Kuala Baram. Perjuangan Bill Kayong semasa hayatnya adalah mengambil berat kes-kes Tanah Adat yang dihadapi oleh penduduk Sarawak terutamanya penduduk Dayak di Sarawak yang mana tanah adat mereka bertindih dengan lesen-lesen syarikat perladangan kelapa sawit.

4.KEADILAN Sarawak berharap agar suspek, Koong Siang Ming yang ada kaitan dengan pembunuhan Bill Kayong dapat disiasat dan dibicarakan dengan sebaik-baiknya oleh pihak berkuasa agar keadilan dapat ditegakkan terutamanya bagi mangsa, mendiang Bill Kayong dan keluarganya.

5.KEADILAN Sarawak berharap agar pihak pendakwaan dapat menyediakan dan membuat pendakwaan mereka dengan sebaik mungkin agar keadilan dapat ditegakkan dengan sebaik-baiknya.

6.Mermandangkan kes ini masih di dalam siasatan pihak polis dan dalam proses pendakwaan, KEADILAN Sarawak berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis dan persiapan pendakwaan.

ABUN SUI ANYIT
Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak
Bagi pihak MPN KEADILAN Sarawak

Related Posts
crossmenuchevron-up