Carian
August 24, 2020

Kesepakatan Dalam Kepelbagaian Wanita KEADILAN

KENYATAAN MEDIA

 

KESEPAKATAN DALAM KEPELBAGAIAN WANITA KEADILAN

 

24 Ogos 2020 | Isnin

 

Semalam telah berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat yang Kedua dalam terus memastikan pengukuhan organisasi sayap wanita dalam Parti Keadilan Rakyat selepas tragedi pengkhianatan yang telah merobek sistem demokrasi negara pada februari yang lalu.

 

Hampir 90 peratus jawatan utama di semua peringkat telah di muktamadkan. Empat lagi Ketua Wanita Negeri telah dibuat lantikan. Seorang usahawan wanita, Datin Sabrina Binti Ahmad sebagai Ketua Wanita Negeri Kedah manakala EXCO Pertanian, Industri Berteraskan Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Dr Hajjah Norlela Mohd Ariffin pula mengetuai Wanita KEADILAN Pulau Pinang diikuti penampilan wajah baru dalam pimpinan wanita, Puan Elizah Binti Asuan Kailani untuk menerajui Wanita KEADILAN Melaka. Puan Agnes Padan aktivis kesihatan luar bandar telah melakar sejarah menjadi Ketua Wanita Negeri Sarawak dari suku kaum Dayak. Ternyata citra kepelbagaian latarbelakang dan pengalaman menjadi asas kesepakatan wanita dalam mendukung keutuhan parti dan nilai dasar-dasar perjuangan yang bersifat universal.

 

Lebih 15 tindakan penting telah dibincangkan termasuklah persediaan Pilihanraya Negeri Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi. Ketua Wanita YB Fuziah Salleh sedang di peringkat negosiasi dengan Majlis Pimpinan Negeri Sabah, untuk meletakkan beberapa nama dari barisan kepimpinan Wanita di beberapa kerusi DUN yang akan dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri yang akan berlangsung pada 26hb September ini.

 

Memposisikan wanita secara strategik dan pemerkasaan wanita juga turut di cerakinkan dengan bersungguh-sungguh melalui latihan-latihan yang tersusun. Agenda wanita muda juga telah diangkat dan dibincangkan secara tuntas dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) memutuskan untuk mewujudkan Kaukus Srikandi yang akan dibimbing oleh _task force_ dari kalangan Ahli MPWP iaitu Pn Sangheta Jayakumar (Naib Ketua Wanita I), YB Juwairiya Zulkifli (Adun Bukit Melawati), Saudari Loh Ker Chean dan Puan Raiyan Abdul Rahim.

 

Nurin Aina

Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat

Ahli Majlis Pimpinan Pusat

Ahli Parlimen Merbok

Related Posts
crossmenuchevron-up