Carian
February 10, 2022

Keutamaan Yang Silap

Saya cukup ralat dan kesal dengan pengumuman anggaran kos PRN Johor kali ini yang menelan belanja sebanyak RM96 juta. RM96 juta geng, RM96,000,000.00.

Itu belum kira lagi kos PRN sebelum ini seperti PRN Sabah sebanyak RM140 juta dan PRN Melaka sebanyak RM40 juta. Kalau dicampur semua ni fuhh RM276 juta sedara sedari !

Tatkala rakyat dihimpit dengan harga barang naik, mereka ni senang-senang nak guna ratus-ratus juta ringgit wang rakyat, duit kamu semua, untuk 'berpesta' rebut kuasa pulak.

Kalau benar mereka nak bantu rakyat, duit rakyat ratusan juta ringgit ni boleh saja digunakan untuk bantu balik rakyat. Di Selangor, kerajaan negeri boleh bagi harga ayam murah kepada rakyat hanya dengan beri peruntukan RM1 juta sahaja, bayangkan kalau kos RM276 juta ini kerajaan guna untuk bantu juga rakyat dapatkan harga ayam yang lebih murah.

Itu pun belum kira lagi subsidi dedak untuk penternak kita ni, kalau kerajaan punyai hati perut bantu penternak-penternak kita dengan guna peruntukan juta juta untuk PRN ini bagi kepada mereka, tidaklah masalah kehabisan stok ayam dan telur seteruk sekarang ini berlaku.

Kalau kita tengok pun bantuan-bantuan sebelum ini, kos bakul makanan waktu zaman PM8 pun RM170 juta, bajet KPKT untuk bantuan pascabanjir pun RM60 juta sahaja. Jumlah bantuan untuk rakyat teramai ni pun lebih kecil daripada jumlah keseluruhan PRN pesta rebut kuasa mereka ini.

Eh banyak lah benda boleh buat tolong rakyat dengan duit ratus ratus juta tu daripada buat PRN.

Ape ada hal, duit RM276,000,000.00 tu duit kita kan. Jangan biarkan lagi mereka sesuka hati gunakan wang milik kita.

AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up