Kos Pembangunan Sekolah Daif Bawah RMK12 Naik 2.7 kali ganda

Kos Pembangunan Sekolah Daif Bawah RMK12 Naik 2.7 kali ganda

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan mengambil maklum terhadap jawapan yang diberikan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan di Dewan Rakyat terkait dengan kos yang diunjurkan bagi menaik taraf sekolah-sekolah daif dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12.

Secara kasarnya JKPPH menganggarkan kos purata menaik taraf dan membangun semula sekolah-sekolah daif dalam Rancangan Malaysia Ke-12 meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 2.7 kali ganda dengan anggaran RM10.8 juta berbanding kos purata dalam Rancangan Malaysia ke-11 iaitu RM3.9 juta.

JKPPH beranggapan bahawa situasi peningkatan kos yang begitu besar dalam proses menaik taraf dan membangun semula sekolah daif di seluruh negara sama sekali mendatangkan kecurigaan dan boleh dipersoalkan.

JKPPH mahu YB Menteri Kanan Pendidikan memberikan penjelasan yang terperinci mengenai perihal peningkatan kos yang mendadak ini.

JKPPH juga menggesa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi senarai 148 bangunan daif yang telah disenaraikan dan juga skop kerja berkenaan untuk penelitian orang ramai supaya orang ramai boleh meneliti secara kendiri samada peningkatan kos itu adalah munasabah dan tiada unsur “Mark up”.

JKPPH menyeru agar dana awam yang digunakan perlulah dilaksanakan secara telus dan berintegriti bagi mengelakkan pembaziran dan penyelewengan dana awam.

“MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI”

Anggota Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan:
YB Dr Maszlee Malik, Pengerusi JK Pendidikan Pakatan Harapan (Ahli Parlimen Simpang Renggam)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN)
YB Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP)
YB Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN)
YB Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP)
YB Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN)


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *