Carian
September 23, 2022

MCA Berhak Sokong Penyamun, Tak Perlu Ajak Rakyat Ikut

MCA boleh guna nama agama untuk meraih simpati untuk bekas Perdana Menteri Najib Razak. Parti Cina itu juga boleh menyokong penyamun sampai bila-bila masa, tapi jangan ajak rakyat ikut sekali.

Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker, menggunakan budaya Melayu-Islam, iaitu saling bermaafan sebagai contoh agar rakyat Malaysia memaafkan Najib atas kesalahan korupsi.

Umum mengetahui, MCA tidak akan tinggalkan BN-UMNO sehingga hari kiamat, tapi saya ingin mengingatkan Ti sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan supaya tidak harus memberi idea atau ajaran songsang kepada generasi muda. Semua agama mengecam golongan yang korupsi dan salah guna kuasa demi kepentingan peribadi dan merupakan 'dosa besar' serta mengkhianati amanah rakyat dan negara.

Kenyataan MCA mempertahan perompak Najib Razak seolah-olah mempunyai persamaan dengan cara yang selama ini digunakan oleh PAS, iaitu menggunakan agama bagi kepentingan politik.

Sebelum Najib dipenjarakan, MCA antara parti yang paling terkehadapan mengikuti penjenayah itu menjelajah di beberapa negeri ketika pilihanraya diadakan.

Kita faham PRU semakin hampir, setiap parti politik akan cuba sedaya upaya memikat hati pengundi. Dalam kes ini, jelas MCA telah menyalahgunakan agama bagi menghalalkan korupsi demi membeli hati penyokong tegar Najib dan UMNO.

Jika MCA nak mempromosi idea saling bermaafan, saya cadang parti itu mengajak ahli dan jentera parti turun membantu golongan miskin yang dipenjarakan akibat mencuri makanan demi meneruskan kehidupan seharian disebabkan kegagalan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dalam membela nasib rakyat.

Chua Wei Kiat
Timbalan Ketua Penerangan
ADUN Rawang

Related Posts
crossmenuchevron-up