Carian
December 9, 2021

Memorandum Mendesak Selesaikan Masalah Kenaikan Harga Barang

Pagi ini saya bersama pimpinan AMK Johor telah menghantar memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Johor yang diterima oleh Setiausaha Politik YB Dato’ Zulkurnain Hj Kamisan.

1.Sejak kebelakangan ini hampir setiap hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita kenaikan harga barang.

2.Jika kita lihat laporan media termasuk media sosial, rakyat sangat terkesan dengan peningkatan harga barang berlaku secara mendadak, sama ada harga sayur, roti, ayam, alat gantian kereta, bahan binaan, ais dan pelbagai barangan lain. Malah pengumuman terbaru bahawa kos menunaikan haji juga bakal meningkat amat mengecewakan.

3.Sudah pasti yang paling terkesan dengan keadaan sekarang ini ialah golongan B50 dan miskin bandar. Tambahan pula mereka baru saja mahu bangkit semula selepas teruk terkesan akibat penutupan sektor ekonomi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal tahun 2020.

4.Namun sehingga hari ini kita tidak nampak tidakan serius kerajaan tangani masalah ini. Rakyat cuma dapat alasan demi alasan dan tindak balas lembab Menteri.

5. Bagi mengelakkan harga barang terus naik tidak terkawal, AMK Johor menggesa kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Kewangan (MOF) mesti segera mencari jalan penyelesaian.

6.AMK Johor mencadangkan segera turun padang pantau harga dengan agresif, laksanakan suatu ‘skim’ atau penguatkuasaan undang-undang tertentu bagi mengawal harga barang.

7.Penguatkuasa KPDNHEP digesa turun padang dengan kerap bagi memantau harga barang keperluan asas di pasaran. Terutamanya di pasar-pasar yang mempunyai aduan peniaga menjual harga barang keperluan asas dengan terlalu mahal.

8.AMK Johor turut menggesa kerajaan supaya perangi dan menghapuskan 'orang tengah' dalam segala rantaian perniagaan. Mereka memainkan peranan besar dalam turun naik harga barang dengan mengawal, menyimpan stok dan mengeluarkan barang kepada peniaga sehingga dilihat bekalan seperti kurang.

9.AMK Johor dengan tegas dan serius mendesak kerajaan segera tangani kenaikan harga barang. Jangan sesekali beri alasan yang boleh tambah kegusaran dan derita rakyat seperti ‘kenaikan harga barang adalah normal’.

ANGKATAN MUDA KEADILAN JOHOR

Related Posts
crossmenuchevron-up