Carian
October 5, 2021

Menteri KDN Berasal BERSATU Konsisten Mendiskriminasi Wanita

1. Tan Sri Mahiaddin Yassin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merupakan Menteri Dalam Negeri (KDN) pada zaman Kerajaan Pakatan Harapan (PH), di bawah pemerintahan mantan Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamed.

2. Selepas itu, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin yang juga daripada BERSATU dua kali dilantik sebagai Menteri KDN pada zaman pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

3. Masalah anak dilahirkan di luar negara oleh warga wanita Malaysia dengan pasangan warga asing tidak diberikan kewarganegaraan secara automatik tetap berlaku secara konsisten di bawah bidang kuasa KDN semasa pemerintahan kerajaan PH dan kerajaan PN.

4. Dalam hal ini menunjukkan bahawa Menteri KDN daripada BERSATU tidak mengira sesiapa pun tidak mempunyai kehendak politik untuk mengiktiraf warga wanita Malaysia bahawa mereka mempunyai hak yang sama seperti warganegara lelaki untuk mewariskan kerakyatan kepada anak – anak mereka.

5. Ini merupakan diskriminasi berasaskan jantina yang konsisten.

6. Menteri KDN BERSATU seharusnya menerima saranan SUHAKAM dan kumpulan – kumpulan hak asasi untuk melakukan pindaan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan sebagai tindakan jangka masa panjang yang selari dengan prinsip kesaksamaan gender dalam Perlembagaan Persekutuan.

7. Sementara itu, PM harus mengarahkan Menteri KDN BERSATU membatalkan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi pada 9 Sept dan memulakan proses pindaan Perlembagaan Persekutuan atau melantik orang lain sebagai Menteri KDN bagi tujuan menghapuskan diskriminasi gender.

Loh Ker Chean
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up