Carian
May 27, 2022

Pahang Harus Membuat Perancangan Komprehensif Meningkatkan Sekuriti Makanan

Kerajaan Negeri Pahang yang menjadi negeri yang mempunyai tanah yang terbesar di Semenanjung Malaysia lambat bertindak dalam menangani masalah sekuriti makanan. Walaupun dengan kawasan yang seluas 35,965 kilometer persegi (km2), tiada lagi sebarang inisiatif ataupun rancangan seperti Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurangkan kebergantungan kepada makanan import yang menyebabkan inflasi berlaku.

Tanaman Jagung Bijiran yang diusahakan bersama oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Selangor dengan tujuannya untuk mengurangkan kebergantungan bekalan import sehingga 2-3% dibawah Program Inisiatif Sekuriti Makanan boleh dijadikan teladan Kerajaan Negeri Pahang dan negeri yang lain dalam mengatasi masalah kenaikan harga barang dan inflasi di dalam negara.

Projek tersebut yang dijangkan menggunakan peruntukan sebanyak RM 3 juta dan membabitkan penggunaan tanah seluas 283.2 hektar merupakan kehendak politik kedua-dua Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu kenaikan harga makanan ayam dan mengurangkan kebergantungan dengan jagung bijirin import.

Baru-baru ini, kami juga dikejutkan dengan kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia semalam yang menyatakan bahawa inflasi negara pada April telah meningkat 2.3% dari 123.1 pada bulan yang sama tahun 2021 kepada 125.9 pada April 2022. Di mana inflasi makanan pada April telah meningkat sebanyak 4.1% dengan 89.1% item makanan dan minimum bukan alkohol telah merekodkan kenaikan dari segi harga. Selain daripada makanan dan minuman bukan alkohol, pengangkutan, restoran & hotel, pendidikan dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan juga mencatatkan peningkatan inflasi pada April 2022 berbanding dengan Mac 2022.

Kerajaan Negeri Pahang perlu memanfaatkan tanah lapang atau tanah terbiar yang sedia ada di negeri Pahang dengan perancangan yang komprehensif untuk meningkatkan sekuriti makanan. Seterusnya, memperkenalkan lebih banyak Inisiatif dan subsidi yang bersesuaian dan bertempoh masa bagi menggalakkan penyertaan syarikat, orang awam ataupun anak muda dalam meningkatkan bekalan makanan pada masa depan.

Inflasi dan harga barang yang naik mendadak telah menjejaskan kehidupan rakyat jelata dengan pendapatan yang tidak mencukupi untuk menanggug kos kehidupan yang semakin meningkat tetapi Kerajaan negeri Pahang yang ‘prihatin’ masih tidak mengumumkan sebarang dasar atau inisiatif untuk membantu rakyat.

Chan Chun Kuang
Penyelaras KEADILAN DUN Semambu
Naib Ketua AMK Pahang

Related Posts
crossmenuchevron-up