Carian
May 22, 2021

Pakatan Harapan Beri 3 Cadangan Mengurangkan Kesan Kenaikan Inflasi

Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan memandang serius terhadap peningkatan inflasi di Malaysia sekarang ini.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 4.7% pada April 2021 lalu. Ia merupakan inflasi tertinggi sejak tahun 2018 dan trend itu dijangka akan berterusan sehingga suku pertama 2022.

Kami mendesak supaya Kerajaan mengambil tindakan-tindakan berikut untuk mengurangkan kesan kenaikan inflasi tersebut yang membebankan rakyat:-
i) Pertama, mengurangkan kenaikan Indeks Pengangkutan dengan mengawal kenaikan harga Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel;
ii) Kedua, meneruskan diskaun elektrik kepada pengguna domestik Tenaga Nasional Berhad;
dan
iii) Ketiga, mengawal dengan berkesan harga barangan makanan segar seperti ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran.

Berbanding dengan masa pentadbiran Pakatan Harapan selama 22 bulan, pada masa itu, kadar inflasi di tahap purata 1-2%. Itu pun dalam masa ekonomi kita berkembang.

Sebaliknya,pada masa sekarang, kita mengalami kemerosotan ekonomi dengan inflasi yang tinggi.

Kemerosotan ekonomi akan mengurangkan pendapatan rakyat sedangkan kadar inflasi yang tinggi akan mengurangkan nilai Ringgit ianya “purchasing power of the Ringgit”.
Ini membuktikan kegagalan dan ketidakmampuan kerajaan PN yang sinonim dengan Kerajaan Gagal yang membebankan rakyat.

YB Hassan Abdul Karim, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Datuk Hj Hassanuddin Mohd Yunus, Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Chong Chieng Jen, Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up