PAKATAN HARAPAN BUKAN JALAN PINTAS UNTUK MEMPEROLEHI KESELESAAN

PAKATAN HARAPAN BUKAN JALAN PINTAS UNTUK MEMPEROLEHI KESELESAAN

Kini, kami bersyukur akhirnya parti MUDA mengakui bahawa Pakatan Harapan merupakan pilihan gabungan yang terbaik untuk rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Dalam masa yang sama, apabila sesuatu parti politik yang bersedia untuk berada dibawah payung Pakatan Harapan akan memberi makna untuk menerima prinsip kerja kolektif dan keutamaan dalam mengangkat suara rakyat, bukan kepentingan mana-mana parti atau individu.

Jelaslah bahawa Pakatan Harapan bukan jalan pintas untuk memperolehi keselesaan. Setiap parti komponen dalam Pakatan Harapan perlu memberi nilai tambah dalam memperkukuh gabungan.

Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan tidak boleh melupakan pengalaman pahit yang dilalui sebelum ini ketika ada parti dan individu yang menumpang kekuatan Pakatan Harapan dan kemudiannya khianat selepas menang dalam PRU yang ke-14.

Untuk merumuskan, berhubung hasrat parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan presidennya, Saudara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ingin menyertai gabungan Pakatan Harapan, kami percaya kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan akan membuat pertimbangan yang wajar dan terbaik.

PRASANTH KUMAR BRAKASAM
NAIB KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
(AMK) MALAYSIA


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *