Pakatan Harapan Tidak Menyokong Pindaan Akta 342

Pakatan Harapan Tidak Menyokong Pindaan Akta 342

Pakatan Harapan meneliti secara terperinci Rang Undang-Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 yang telah dibentang semalam dan difahamkan bakal dibahas esok, 16 Disember 2021.

Walaupun satu pindaan tambahan telah dibawa hari ini yang mengurangkan denda dan kompaun bagi RUU ini, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan berpandangan bahawa RUU ini tetap membuka ruang yang luas untuk berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan ‘Antara Dua Darjat’.

Memandangkan pendirian Ketua Pembangkang yang telah disampaikan kepada Perdana Menteri, dan memandangkan Kerajaan tetap dengan pendirian untuk meneruskan perbahasa RUU ini, maka Pakatan Harapan mengambil sikap tidak menyokong RUU ini di dalam bentuk yang telah dibentang.

Saya menggesa Kerajaan khususnya Menteri Kesihatan untuk menarik balik RUU ini dan mengadakan perbincangan mendalam dengan Pakatan Harapan serta Pembangkang amnya, agar satu bentuk pindaan Akta 342 yang lebih baik dapat diperolehi dan dipersetujui bersama.

Saifuddin Nasution Ismail
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *