Carian
June 11, 2021

Pakatan Harapan Tolak MAGERAN

Majlis Presiden mengambil maklum cadangan Tun Dr Mahathir untuk mewujudkan sebuah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara pada waktu ini,terutama berkait COVID-19.

Walau bagaimanapun, sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, Pakatan Harapan menolak cadangan MAGERAN ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa Darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang.

Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu COVID-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen.

YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

 

Related Posts
crossmenuchevron-up