Carian
September 14, 2022

Pasukan Jihad Makan Gaji Buta Dalam Tangani Inflasi, Rakyat Muak Tai Chi Annuar Musa

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diketuai oleh Menteri UMNO-BN, Annuar Musa telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia kegagalan pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah inflasi negara, bahkan mereka telah gagal dan makan gaji buta dalam menjalankan tugas.

Biasanya budak "Intern" (pelatih) akan diberi waktu 3 bulan untuk membuktikan kemampuan diri dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberi, namun malangnya pasukan yang diketuai oleh Annuar Musa sejak akhir bulan Jun ini jelas gagal menjalankan tugas, maka dia tidak perlu bermain Tai Chi untuk menutup kegagalan beliau lagi.

Perdana Menteri UMNO Ismail Sabri telah menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, namun lebih hampir tiga bulan ditubuhkan tetapi apa yang rakyat dapat?

Selain itu, inflasi pada bulan Jun dan Julai 2022 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 3.4 dan 4.4 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Menteri UMNO itu berkata, Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) tiada kaitan dengan Pasukan Jihad, secara teknikal kenyataan itu betul, tetapi logiknya salah. Rakyat mengetahui kenaikan OPR adalah salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup terutamanya kenaikan harga barang.

Pada 23 Ogos yang lalu, Annuar Musa telah menyatakan bahawa pasukan jihad ini tidak terhad hanya berkaitan isu kenaikan harga barang sahaja, sebaliknya ia lebih luas dan melibatkan usaha mengatasi masalah inflasi secara keseluruhan.

Dalam waktu beberapa bulan ini, usaha yang dijalankan oleh Annuar lebih kepada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia, jaminan bekalan ayam bagi pengguna domestik yang mencukupi, serta sasarkan harga minyak masak turun.

Bagi saya, program bekalan dan harga minyak masak adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia. Hal ini juga membuktikan pasukan jihad pimpinan Annuar Musa tidak membawa sebarang nilai tambah kepada rakyat Malaysia yang terkesan.

Rakyat sudah melalui zaman kerajaan PN-BN yang gagal di bawah pimpinan Muhyiddin, jadi tiada keperluan untuk rakyat mengalami zaman mengecewakan kerajaan BN-PN 2.0 ini. Oleh itu, pasukan Jihad ini harus dibubarkan serta merta dan kerajaan perlu bertanggungjawab atas kelemahan dan kegagalan mereka dalam menangani isu ini.

Chua Wei Kiat
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN
ADUN Rawang

Related Posts
crossmenuchevron-up