Carian
June 20, 2021

Pelaburan Langsung Asing Turun 55% Ekonomi Baik? PN Harus Selamatkan Dan Pulihkan Bukan Cakap Besar

Walaupun Pelaburan Langsung Asing menunjukkan penurunan sebanyak 55%, Azmin masih mengatakan situasi ekonomi masih positif? Kerajaan Perikatan Nasional perlu segera menyelamat dan memulihkan ekonomi bukannya cakap besar.

Kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Azmin Ali yang mengatakan pertumbuhan ekonomi domestik negara menunjukkan perkembangan positif. Kerajaan Perikatan Nasional gagal melihat penurunan Pelaburan Langsung Asing sebanyak 54.8% tetapi masih berbangga dengan ekonomi negara yang dikatakan POSITIF.

Hakikatnya adalah, Pelaburan Langsung Asing negara kita telah menjunam lebih separuh pada tahun lepas dan ia merupakan pelaburan langsung asing yang terendah sejak tahun 2009.

Merujuk data kepada data daripada Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), ia menunjukkan bahawa aliran masuk Pelaburan Langsung Asing global pada tahun 2020 akan merosot sebanyak 42% berbanding dengan tahun 2019. Namun, penurunan sebanyak 55% di Malaysia adalah lebih teruk daripada purata secara global dan keadaan ini amat membimbangkan.

Jika berbanding dengan negara-negara jiran, pelaburan langsung asing Singapura pada tahun 2020 telah menyusut sebanyak 37%, Vietnam sebanyak 25% dan Indonesia hanya merosot sebanyak 2.4%. Dalam situasi yang teruk ini, setiap Kerajaan sepatutnya kaji semula dasarnya dan bertindak dengan lebih agresif serta berani, tetapi Azmin masih berani menyatakan pertumbuhan ekonomi negara masih positif. Usaha bercakap besar beliau memang hebat dan tidak sepatutnya diperlekehkan.

Saya berpendapat bahawa data ekonomi mempunyai jurang yang sangat besar dengan kehidupan dan kebahagian masyarakat umum kerana ia tidak mengambil kira daya beli rakyat, gaji pekerjaan, jurang antara kaya dengan miskin, pergelutan Perusahaan Kecil dan Serdahana pada waktu ini dan isu-isu yang berkaitan.

Sektretariat Majlis Tindakan Ekonomi juga telah mengumumkan sebelum ini bahawa disebabkan daripada pandemik Covid-19, sebanyak 600,000 isi keluarga di negara kita telah jatuh daripada kumpulan berpendapatan sederhana M40 ke kumpulan berpendapatan rendah B40. Menurut statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2019, sekurang-kurangnya 8% isi keluarga telah jatuh ke pendapatan bulanan sebanyak RM 4850 iaitu kumpulan B40.

Kerajaan sepatutnya melihat kepada cara untuk meningkatkan pendapatan rakyat, daya beli rakyat dan merapatkan jurang antara kaya dengan miskin supaya kumpulan M40 tidak akan jatuh kepada kumpulan B40, tetapi perkara yang membimbangkan ini telah berlaku.

Namun, Kerajaan Perikatan Nasional masih menggunakan data ekonomi yang susah difahami oleh rakyat untuk menutup masalah struktur ekonomi dan sosial di negara kita. Situasi ekonomi yang ‘Positif’ seperti yang dinyatakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional adalah berbeza dengan apa yang dirasai oleh masyarakat umum sekarang.
Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, Pakatan Harapan telah beberapa kali menyeru Kerajaan untuk meningkatkan kadar subsidi dan bantuan yang sedia ada. Sebaik perlaksanaan PKP, kumpulan pekerja dan PKS yang akan paling terjejas.

Pelan pemulihan yang baru diumumkan bernilai sebanyak 40 bilion ringgit, hanya terdapat 5 bilion ringgit telah disuntik kepada pasaran. Malahan, rakyat tidak dapat merasa bahawa bantuan ataupun suntikan dana tersebut boleh membantu mereka.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mustafa Mohamed mengatakan bahawa Kementerian Kewangan sedang mengkaji caranya untuk memberi bantuan atau subsidi tambahan untuk membantu rakyat. Persoalannya ialah, kajian baru nak dilaksanakan selepas kami menghadapi pandemic ini selama setahun?

Sikap sambil lewa Kerajaan Perikatan Nasional menggunakan alasan MENGKAJI untuk melengahkan masa akan mengakibatkan lebih banyak rakyat menghadapi kesulitan ekonomi.

Kumpulan Isi keluarga B40 telah bertambah sebanyak 600,000 isi keluarga, beberapa lama masanya yang diperlukan untuk mereka kembali ke kumpulan M40? Ini telah menjadi satu persoalan yang sangat besar.

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN
ADUN Semambu

Related Posts
crossmenuchevron-up