Carian
June 16, 2021

Pelan Pemulihan atau Pelan Kekeliruan?

Kawalan Pandemik Covid 19 bergantung kepada 3 faktor, iaitu, langkah kesihatan awam (SOP, Pengesanan dan isolasi Kontak dan kes), Sekatan pergerakan (PKP) dan Vaksin.

PKP yang ketat, walaupun berkesan, membawa impak yang besar terhadap ekonomi dan PKP 3.0 telah membawa kerugian ekonomi RM 1.0 billion setiap hari.

Kerugian RM 1.0 billion sehari ini BUKAN ditanggung setara oleh semua rakyat. Malah ada industri-industri yang terus beroperasi dan beruntung berbilion-billion sepanjang PKP dan ada Rakyat biasa yang merengkuk kelaparan.

Pelan Pemulihan yang diumumkan senaraikan 3 kriteria untuk peralihan fasa PKP iaitu jumlah kes harian, kapasiti ICU dan peratusan Rakyat yang diberi vaksin.

Sebenarnya, faktor penentuan tunggal adalah VAKSIN. Ini adalah kerana apabila peratusan Rakyat yang diberikan vaksin meningkat jumlah kes baru akan menurun dan bilangan pesakit yang memerlukan rawatan di ICU akan menurun!

Pelan pemulihan yang diumumkan oleh YAB PM tidak memberi keyakinan kepada Rakyat bahawa kerajaan berupaya mengawal pandemik. Malah Pelan tersebut menunjukkan kekeliruan dan gagal memberi tumpuan kepada isu kritikal, iaitu VAKSIN.

Strategy Pemulihan utama seharusnya focus kepada VAKSIN dengan mempertingkatkan vaksinasi melebihi 300,000-500,000 dos setiap hari dalam masa terdekat.

Ini boleh dilakukan melalui:

1.Dapatkan vaksin yang mencukupi menjelang akhir Julai 2021.

2.Melibatkan doktor swasta dan Klinik Kesihatan untuk vaksinasi.

3.Memudahkan proses pendaftaran seperti Pendaftaran secara otomatik untuk Rakyat yang layak dan memberi vaksin secara walk-in!

4.Memastikan kesemua Rakyat yang telah daftar untuk vaksin iaitu sejumlah 13.8 juta orang (42% daripada Rakyat Malaysia) menerimanya menjelang akhir bulan Julai 2021. Ini akan membolehkan PKP dilonggarkan pada Ogos 2021.

VAKSIN! VAKSIN! VAKSIN!

Dr Lee Boon Chye
Ahli Parlimen Gopeng
Jurucakap KEADILAN bagi Kesihatan

Related Posts
crossmenuchevron-up