Carian
August 8, 2022

PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI MPN KEADILAN KELANTAN & TERENGGANU

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Keadilan Sdr Anwar Ibrahim kerana memberi amanah sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di Kelantan dan Terengganu.

Ia merupakan salah satu amanah terawal saya sejak dipilih sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Sudah tentu menjadi pengerusi di dua negeri ini di mana Pakatan
Harapan kalah semua kerusi pada PRU 2018 datang dengan pelbagai cabaran.

Saya percaya rakyat Kelantan dan Terengganu berdepan pelbagai isu besar. Rakyat di sana juga ramai yang mahukan perubahan dan menunggu alternatif yang lebih baik.

Untuk menerima kepercayaan rakyat di Kelantan dan Terangganu, KEADILAN harus bekerja sebagai satu pasukan di kedua-dua negeri ini.

Saya akan berkomunikasi dengan ketua-ketua cabang, wanita, AMK, dan semua anggota untuk mencapai matlamat ini.

Kita ada sejarah yang manis di Kelantan dan Terengganu. Pada PRU 1999, pilihan raya sulung KEADILAN, 4 dari 5 kerusi Parlimen datang dari kedua-dua negeri ini.

Dengan kerjasama anggota-anggota di pantai timur, insya-Allah akan ada banyak sejarah KEADILAN yang akan terukir pada masa hadapan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Related Posts
crossmenuchevron-up