PRU15: Pematuhan Peraturan Tataetika Anggota Lembaga Disiplin

PRU15: Pematuhan Peraturan Tataetika Anggota Lembaga Disiplin

PEMATUHAN PERATURAN TATAETIKA ANGGOTA LEMBAGA DISIPLIN

1. PRU-15 akan menjadi peristiwa penting PH menawan semula Putrajaya. Calon-calon yang menang akan membentuk Parlimen baharu dan sebahagian lagi akan dipilih untuk membentuk Kerajaan baharu. Persaingan yang sengit untuk pencalonan amat difahami.

2. Lembaga Disiplin mengiktiraf bahawa adalah hak demokrasi ahli untuk melobi kerusi, dan penyokong untuk menyatakan pandangan mereka mengenai pemilihan calon mereka. Walau bagaimanapun, kami ingin mengingatkan anggota parti bahawa sebarang bantahan, kenyataan yang dikeluarkan, sidang akhbar atau siaran di media sosial, yang mengandungi maklumat palsu dan tuduhan, atau bersifat fitnah atau ancaman yang boleh merosakkan imej dan menjejaskan integriti serta kredibiliti parti, pemimpin parti atau mana-mana ahli, individu bertanggungjawab ke atas hal ini akan dikenakan tindakan tatatertib yang membawa kepada amaran serta-merta, penggantungan atau penamatan keahlian.

3. Lembaga Disiplin juga memandang serius sebarang tindakan rasuah, dan ancaman dengan niat untuk mendapatkan pencalonan. Kesalahan sedemikian akan membawa kepada penggantungan serta-merta atau penamatan keahlian.

4. Kami menyeru kepada semua ahli agar sentiasa bertenang, bertindak dengan bertanggungjawab dan bersatu hati dalam usaha mengalahkan musuh politik kita. Sebarang tindakan mensabotaj kempen pilihan raya mana-mana calon tidak boleh diterima.

5. Lembaga Disiplin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menghadapi PRU-15, dan bagi mereka yang tidak berjaya mendapat pencalonan, teruskan bersama kerana sumbangan anda masih diperlukan.

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew
Pengerusi Lembaga Disiplin
25hb Oktober 2022


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *