Pembinaan Loji Kursa Baru RM9.5 Bilion Melibatkan “Pihak Luar” KETSA Dan TNB Perlu Perjelas Mengapa Ianya Bukan 1MDB Kedua

Pembinaan Loji Kursa Baru RM9.5 Bilion Melibatkan “Pihak Luar” KETSA Dan TNB Perlu Perjelas Mengapa Ianya Bukan 1MDB Kedua

Dua hari lepas, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) telahpun mengeluarkan Surat Hasrat (LOI) kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membina sebuah loji baru di Kapar, Selangor membabitkan pembangunan sebuah loji turbin gas kitaran gabungan (CCGT). (1)

Yang luar biasa adalah projek tersebut akan dilaksanakan melalui usaha sama antara TNB dengan Widad Business Group (WIDAD) dengan TNB memegang 60% kepentingan dan WIDAD memegang 40%. Loji tersebut dijangka siap dan mula beoperasi menjelang tahun 2031. Projek tersebut akan menelan kos sebanyak RM9.5 bilion.

TNB merupakan syarikat gergasi elektrik yang terbesar di Malaysia. Ianya mempunyai serta telah membina loji kuasa yang terbanyak, menguasai grid pengagihan kuasa, serta merupakan pembeli elektrik terbesar di negara ini. Persoalannya, mengapakah TNB tidak boleh membangunkan loji kuasa ini dengan keupayaan sendiri?

Semakan maklumat korporat mendapati bahawa WIDAD hanya sebuah syarikat yang bersaiz kecil/sederhana (RM1 bilion pada bulan September 2022) jika berbanding dengan TNB (RM48 bilion). Syarikat tersebut jelas tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan loji turbin gas kitaran gabungan bersaiz 2,100 MW.

Rakyat sudah tidak terasing dengan cerita-cerita sebegini. Kita tidak lupa kali terakhir projek yang mirip ini adalah pembinaan loji kuasa 2,000MW kepada sebuah syarikat yang “ternama” – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun 2014. Ekorannya, rakyat sekarang terpaksa menjelaskan hutang dengan pembayaran faedah sebanyak RM3.47 bilion sebulan ekoran daripada skandal besar 1MDB dan salah pengurusan/pentadbiran kerajaan terdahulu. 

Saya mendesak Menteri peralihan KETSA daripada PAS/PN iaitu Datuk Seri Takiyuddin dan Pengerusi TNB Dato Sri Hasan Arifin daripada UMNO/BN tampil memberikan penjelasan kepada rakyat dalam kadar segera. Saya juga akan terus membongkar melalui Jelajah #AyuhMalaysia dan #Kitaboleh supaya rakyat sedar bahawa ‘muafakat’ antara UMNO/PAS boleh dijalin melalui cara sebegini. 

(1) https://www.thesundaily.my/home/tnb-widad-to-build-2100mw-power-plant-in-selangor-MD10021386

Lee Chean Chung

Pengarah Komunikasi KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *