Pemilihan Parti KEADILAN Bulan April

Pemilihan Parti KEADILAN Bulan April

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah atas amanah diberikan kepada Dr. Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) serta Sdr Manivanan a/l Gowindasamy sebagai Timbalan Pengerusi bagi mengelola perjalanan Pemilihan Parti.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah memuktamadkan untuk mengadakan pemilihan parti bagi pemegang jawatan 2022-2025 bermula 22 April 2022 sehingga 29 April 2022. Tempoh pencalonan akan diadakan pada 11 Mac 2022 sehingga 19 Mac 2022.

Untuk memastikan proses pengundian lancar semua anggota parti diminta untuk membuat semakan status keanggotaan melalui laman web keanggotaan https://semakan.keadilanrakyat.org

Senarai anggota untuk pemilihan dan Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) perlu mendaftar selewatnya pada 31 Januari 2022.

MPP turut menetapkan kesemua Cabang KEADILAN di seluruh negeri hendaklah mengadakan MATC bermula dari 4 Mac 2022 sehingga 27 Mac 2022. Disusuli dengan Kongres Nasional yang akan diadakan pada 10,11 & 12 Jun 2022.

Segala ketetapan ini bagi memastikan perjalanan parti terpelihara selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *