Carian
September 15, 2021

Penambahbaikan Sistem Jurucakap Parlimen KEADILAN

Pada Julai 2020 parti telah melantik Ahli-ahli Parlimen KEADILAN menjadi Jurucakap dan Pembantu Jurucakap Parlimen bagi portfolio-portfolio tertentu.

Kami menyedari sistem baharu ini perlu ditambahbaik memandangkan KEADILAN komited memperkasakan Parlimen.

Ini selaras tekad parti-parti Pakatan Harapan yang menekankan reformasi institusi Parlimen sebagaimana terkandung di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.

Selain penyusunan semula kecil melibatkan portfolio Jurucakap, Ahli-ahli Parlimen KEADILAN akan dibantu oleh pasukan penyelidik untuk meningkatkan tugasan di Parlimen di samping mengupayakan sistem komunikasi dan pelaporan yang lebih efektif.

Pada masa yang sama, wacana berterusan akan diadakan menampilkan Jurucakap-jurucakap Parlimen beserta pimpinan parti untuk membicarakan isu-isu di bawah portfolio yang disenaraikan.

Fokus Jurucakap Parlimen KEADILAN adalah berkisar respon terhadap pandemik Covid, memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih saksama dan sistem kenegaraan berasaskan tatakelola yang baik.

Disertakan senarai Jurucakap Parlimen KEADILAN yang terkini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA
PARTI KEADILAN RAKYAT

 

JURUCAKAP PARLIMEN-01 JURUCAKAP PARLIMEN-02

Related Posts
crossmenuchevron-up