Carian
June 2, 2020

Pengerusi MISC “Lantikan Udang” untuk Mengekalkan Kuasa PN

Kenyataan Media

22 Jun 2020

Pengerusi MISC “Lantikan Udang” untuk Mengekalkan Kuasa PN

Ahli Parlimen Tanjong Karang merangkap Pengerusi UMNO Negeri Selangor Nor Omar dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) merupakan lantikan politik yang terbaru dari Kerajaan Perikatan Nasional. Perlantikan tersebut diibarat sebagai ‘Penternak Udang juga boleh mempengerusikan hal berkenaan dengan Perkapalan Antarabangsa’.

Nor Omar yang merupakan bekas Menteri Pertanian pernah berlaku Skandal Projek Ternakan Udang. Semasa penjawatan sebagai Menteri, beliau telah bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta memperolehi sekurang-kurangnya tanah dengan keluasan yang mencecah 30 ekar untuk membuat projek ternakan udang.

Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional sekarang bukan sahaja dilantik memegang jawatan di agensi dan lembaga awam, malahan sekarang perlantikan politik tersebut juga melimpah ke jawatan-jawatan di Syarikat Milik Kerajaan (GLC).

Petronas merupakan pemegang saham utama untuk MISC, oleh itu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri boleh mempengaruhi perlantikan tersebut. Namun begitu, pada suku pertama tahun 2020, MISC telah mencatat kerugian bersih sebanyak RM 1.16 bilion dan pada tahun 2019, MISC telah menanggung tunai negatif sebanyak RM 6.8 bilion. Adakah perlantikan Nor Omar sebagai Pengerusi MISC dapat membawa pembaharuan dalam visi atau arah untuk organisasi ini?

Saya juga ingin mengingatkan ‘Kelayakan’ Nor Omar yang luar biasa ketika tempoh pemerintahan Barisan Nasional:
1. Pada tahun 2005 ketika beliau menjawat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, satu kes berkenaan dengan pelancong warga China yang ditindas dalam Balai Polis. Beliau mengeluarkan kenyataan yang meminta warga asing tidak perlu datang ke Malaysia jika berpendapat bahawa polis negara menindas Warga Asing.
2. Pada tahun 2012, ketika beliau menjawat sebagai Menteri Pertanian ketika skandal ternakan udang berlaku, Nor Omar menjelaskan dalam dewan rakyat bahawa projek ternakan udang sebenarnya membawa lebih majoriti undi kepada beliau.
3. Pada tahun 2019, beliau juga mengatakan ketika dalam sidang parlimen bahawa mencuri adalah tidak bersalah tetapi hanya bersalah jika ditangkap.

Saya ingin menegaskan bahawa perlantikan politik kali ini mencatat titik yang paling rendah oleh Muhyiddin Yassin. Tindakan perlantikan sebegini telah mengabaikan kepentingan negara demi menstabilkan Kerajaan Perikatan Nasional sahaja. Ia juga selari dengan rakaman suara yang dikatakan ialah Muhyddin Yassin dengan menggunakan jawatan-jawatan lantikan politik menarik sokongan Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai Parti BERSATU.

KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya ‘Perlantikan Udang’ yang tiada had batasannya demi untuk mengukuhkan rejimnya dan mengorbankan kepentingan negara. Muhyiddin sebagai Ketua Perikatan Nasional juga sepatutnya tampil ke hadapan menjelas dan mengesahkan keaslian rakaman suara yang viral tersebut.

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung
Parti Keadilan Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up