Carian
September 13, 2021

Penggunaan Logo KEADILAN Dalam PRU15 Adalah Satu Langkah Bagi Menjamin Kemenangan Buat Komponen PH

Kami mewakili seluruh anggota KEADILAN seramai 9,256 anggota dari tiga (3) Cabang di seluruh Negeri Perlis menggesa supaya LOGO serta BENDERA KEADILAN digunakan bagi mewakili Komponen Pakatan Harapan (PH) untuk menjamin kemenangan dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 akan datang. Ketetapan serta pendirian ini diambil berdasarkan faktor-faktor berikut:

1.Logo KEADILAN merupakan satu jenama yang mula diperkenalkan kepada pengundi semenjak tahun 1999 ketika YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam penjara dan logo KEADILAN juga sudah dikenali di mata dan hati seluruh rakyat Malaysia.

2.Logo KEADILAN telah digunakan dalam PRU Ke-14 yang melibatkan 193 kawasan Parlimen dan 453 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Malaysia dan telah dibuktikan bahawa komponen Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan setelah menumbangkan Barisan Nasional (BN).

3.Penjenamaan cogan kata “Keadilan Untuk Semua” tanpa mengira kaum, agama dan gender telah berjaya memikat hati ramai pengundi dari pelbagai rumpun bangsa di seluruh Malaysia.

4.Lambang KEADILAN menjadi simbol kepada perjuangan yang mahukan kerajaan yang bersih, berintergriti dan mengutamakan perjuangan rakyat marhean menentang sistem yang korup dan zalim bukannya perjuangan golongan elit yang telah terbukti ditolak oleh rakyat dalam PRU14.

Oleh itu Majlis Pimpinan Negeri bersama Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan serta Ketua Cabang dari Negeri Perlis telah membuat keputusan sebulat suara supaya LOGO dan BENDERA KEADILAN hendaklah digunakan dalam PRU15 demi untuk menarik sokongan pelbagai kaum dan agama sebagaimana pernah dibuktikan dalam PRU14.
AMRAN KAMARUDIN
– Pengerusi MPN KEADILAN Perlis / Ketua Cabang Padang Besar

YB NOOR AMIN AHMAD
– Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Perlis / Ketua Cabang Kangar

MANIVANAN KARUPIAH
– Setiausaha MPN KEADILAN Perlis / Ketua Cabang Arau

YB NURIN AINA
– Ketua Wanita KEADILAN Perlis

AMAR ABD JALIL
– Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perlis

Related Posts
crossmenuchevron-up