Percepatkan Bantuan Kepada Kawasana PKPD Dan Segera Bebaskan Aktivis Berdasarkan Hak Kebebasan Bersuara

Percepatkan Bantuan Kepada Kawasana PKPD Dan Segera Bebaskan Aktivis Berdasarkan Hak Kebebasan Bersuara

Didalam suasana bulan yang Ramadhan yang mulia ini saya mengesa pihak Kerajaan GRS dapat mempercepatkan bantuan kepada penduduk yang terjejas dengan PKPD di Daerah Tawau terutamanya di Taman Sri Indah dan Kampung Titingan. Saya dapat merasakan kesusahan yang dialami oleh penduduk terutama golongan B40 yang terjejas pendapatan mereka.

Saya rasa amat sedih membayangkan ada keluarga yang tidak kecukupan makanan untuk berbuka puasa. Pusat Khidmat Parlimen Tawau sedang bertungkuslumus menyediakan bantuan kilat kepada keluarga yang memerlukan dan akan diagihkan secara bersasar dan berperingkat dalam masa dua minggu ini.

Saya juga menyarankan agar Pembukaan sektor ekonomi yang terhad untuk mengurangkan beban dan tekanan ekonomi kepada penduduk Tawau yang tidak ada pendapatan tetap. Jualan di Kawasan perumahan dan di kampung-kampung perlu dilonggarkan mengikut SOP yang ditetapkan. Selain menambah pendapatan dan membantu peniaga-peniaga kecil, warga Tawau dapat juga menikmati makanan untuk berbuka puasa seperti daerah lain di Sabah.

Saya juga meminta Jabatan Agama mempertimbangkan agar bilangan Jemaah untuk Solat berjemaah dan Terawih di Masjid dan Surau ditambah berdasarkan SOP yang diperketatkan. Saya yakin umat Islam ingin menumpukan Ibadah di Masjid terutama di 10 hari terakhir Ramadhan ini.

Akhirnya Saya amat mengharapkan agar aktivis Saudara Mukmin Nantang dan rakan-rakannya yang dikenakan tahanan reman atas perjuangan mereka membela penduduk yang terkesan akibat dari tekanan ekonomi dan PKP/PKPD di berikan keadilan yang sewajarnya sesuai dengan hak kebebasan bersuara. Kerajaan GRS dan PN perlu mendengar dan merasai denyut nadi rakyat yang kesusahan bukan menafikan hak mereka untuk bersuara.

YB DATUK CHRISTINA LIEW
AHLI PARLIMEN TAWAU


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *