Carian
September 3, 2021

PH Selangor Menolak Sebarang Usaha Untuk Menghidup Semula Projek KIDEX

Pengerusi parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) Selangor telah bertemu pagi ini bagi membincangkan isu berkaitan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Semua pihak telah menyatakan pandangan dan keprihatinan masing-masing serta telah bersetuju supaya YAB Dato’ Menteri Besar membawa isu ini dalam Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu 8 September 2021 untuk dipertimbangkan halatuju dan keputusan dalam isu ini.

Pada masa yang sama, bantahan terhadap cadangan lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) turut diberi perhatian dan dibincangkan dengan panjang lebar. PH Selangor ambil maklum bahawa PJD Link belum diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Mesyuarat juga turut bersetuju menolak sebarang usaha untuk menghidupkan semula projek lebuhraya KIDEX atau seumpama dengannya.

Pengerusi-pengerusi parti komponen Pakatan Harapan (PH) Selangor komited dalam menjunjung semua prinsip-prinsip asas Pakatan Harapan berkaitan alam sekitar dan agenda kepedulian rakyat sebagai pedoman dan panduan dalam setiap perancangan pembangunan negeri.

AMIRUDIN BIN SHARI
Pengerusi PH Selangor
Pengerusi KEADILAN Selangor

GOBIND SINGH DEO
Pengerusi DAP Selangor

IR. IZHAM BIN HASHIM
Pengerusi AMANAH Selangor

Related Posts
crossmenuchevron-up