Carian
May 11, 2021

PKP :Menteri Masih Diberikan Layanan Dua Darjat?

Kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 April 2021 jelas menyebut bahawa individu yang datang atau pulang dari senarai negara yang dilaporkan wujud penularan Variant of Concern (VOC) SARS-CoV-2 dalam komuniti perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin.

Selain negara seperti India, Itali dan United Kingdom, negara Timur Tengah seperti Emirah Arab Bersatu (UAE) turut termasuk dalam senarai tersebut.

Berdasarkan semakan twitter Azmin Ali, beliau serta rombongannya dikatakan pulang ke Malaysia dari UAE kira-kira 6 hari yang lepas iaitu 5 Mei 2021.

Namun, ciapan Azmin Ali semalam memaparkan beliau membuat kunjungan ke IPD Putrajaya bertemu pegawai-pegawai polis.

Adakah Azmin Ali tidak dikenakan arahan kuarantin 14 hari setelah pulang dari negara berisiko tinggi?

Rakyat diberitahu mengenai penularan variasi baru Covid-19 di negara kita baru-baru ini dan juga yang mungkin menjadi penyebab PKP 3.0.

Yang langgar SOP dihukum bagai. Menteri-menteri?

Tolonglah berlaku adil dan jagalah keselamatan kami sama.

Janganlah dikorbankan rakyat kebanyakan di bawah bagi menghalalkan segelintir di atas.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

 

Related Posts
crossmenuchevron-up