Proses Disiplin Parti Diteruskan

Proses Disiplin Parti Diteruskan

 

Proses Disiplin Parti Diteruskan

Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Mac dan 26 April lalu telah membincangkan serta meluluskan beberapa syor Lembaga Disiplin berkenaan tindakan terhadap sejumlah anggota yang didapati melanggar tata etika dan disiplin parti.

Seramai 348 anggota telah dipecat. Ini termasuk beberapa pimpinan seperti:

1. YB Muhammad Jailani Bin Khamis (Alor Gajah)
2. YB See Chee How (Stampin)
3. Vernon Albert Kedit (Betong)
4. Mohd Nazree B. Mohd Yunus (Rembau)
5. Syarul Ema Rena Binti Abu Samah (Masjid Tanah)

MPP juga telah bersetuju menggantung sementara keanggotaan 285 anggota sesuai dengan fasal 41.6 perlembagaan parti.

Lembaga Disiplin sedang meneliti setiap aduan dan bukti-bukti terhadap mereka dan akan mengesyorkan tindakan selanjutnya kepada MPP.

Dari jumlah ini, empat pimpinan yang keanggotaan mereka digantung adalah:

1. YB Haniza Mohamed Talha (Pandan)
2. YB Dr Afif Bahardin (Permatang Pauh)
3. Mohd Radzlan Jalaludin (Subang)
4. Rahimah Majid (Kudat)

Terdapat lima kes di mana Lembaga Disiplin telah mengeluarkan surat tunjuk sebab, dan dari jumlah ini satu melibatkan pimpinan iaitu sdr Chua Tian Chang (Batu).

Dalam mengendalikan setiap kes disiplin KEADILAN berpandukan kepada perlembagaan parti dan menghormati prinsip keadilan sejagat.

KEADILAN akan terus menjalankan proses membaikpulih parti selepas episod pengkhianatan yang membawa kepada jatuhnya sebuah kerajaan yang dipilih secara sah melalui mandat rakyat.

KEADILAN percaya selepas ini parti akan bertambah kukuh dalam usaha melaksana agenda Reformasi demi rakyat Malaysia.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

4 Mei 2020

 

Senarai Anggota dipecat 04052020

Senarai Anggota digantung 04052020

 

 

 


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *